Connect with us

Oh! Media

Meriahkan Lagi Sambutan Ramadan, Ini 2 Perkara Wajib Buat Bersama Tersayang!

Branded

Meriahkan Lagi Sambutan Ramadan, Ini 2 Perkara Wajib Buat Bersama Tersayang!

Tahun lepas, buat pertama kali kita menjalani ibadah bulan Ramadan dalam suasana yang lebih meriah sebab dah diberi kebebasan untuk menyambut bulan mulia ini secara fizikal. 

Paling best dan dirindui, mestilah solat terawih secara berjemaah di masjid!

Pada masa yang sama, rata-rata antara kita pun dah mula bekerja secara bersemuka. Jadi, memang jalan pun selalu jam bila balik kerja, sebab semua mesti pakat berpusu-pusu nak meriahkan bazar Ramadan kan?

Haa, disebabkan ramai sangat excited nak serbu bazar Ramadan ni, mesti ada antara korang yang pernah mengalami situasi tak sempat nak sampai rumah sebelum waktu berbuka atau terpaksa berbuka dalam trafik jam, betul tak?

Jadi, untuk mengelakkan daripada pisang berbuah dua kali, apa kata bulan Ramadan tahun ni, korang prepare diri awal-awal dengan melakukan dua perkara penting ni!

Jom Urus Masa Dengan Cermat & Jalinkan Hubungan Lebih Rapat Dengan Tersayang!

Dua perkara penting yang korang patut prepare awal-awal untuk bulan Ramadan tahun ni adalah pengurusan masa yang cermat dan perbaiki hubungan komunikasi bersama keluarga, sahabat dan tersayang.

Kalau korang merancang masa dengan baik, korang bukan saja dapat menyiapkan kerja dengan lebih efisien dan cepat, malah korang dapat hargai masa untuk berkumpul semula dengan keluarga & rakan-rakan tau! 

Selain itu, perkara penting yang korang patut prepare untuk Ramadan kali ni adalah mengambil inisiatif untuk berkumpul bersama dengan keluarga dan rakan-rakan dan perbanyakkan komunikasi tak kira jauh mahupun dekat. Bak kata pepatah, “communication is the key”! Alang-alang tu, apa kata korang tengok video dekat bawah ni. 

Haa, kalau korang tak buat 2 perkara penting yang kami sebutkan sebagai sebahagian persiapan awal menjelang Ramadan tahun ni, korang akan menghadapi situasi yang sama seperti Ali ni tau! 

Kalau korang tengok video di atas ni, mesti korang boleh relate kan? Mana taknya, kita sebagai manusia tak akan lari daripada melakukan kesilapan seperti menangguh sesuatu perkara betul tak? Lagi-lagi part terlupa nak beli barangan yang mak kirim! 

Jadi, #JanganTungguLamaLama, nanti kita habis puasa baru tau! Untuk Ramadan tahun ni, jom #AdakanMasa dengan keluarga dan tersayang okay? #IndahnyaRamadan

Meriahkan Ramadan Kali Ini Dengan Menu Tawaran Masa Terhad Mekdi!

Anyways, korang tahu tak, istimewa menyambut bulan Ramadan dan Syawal tahun ni, Mekdi hadir dengan menu tawaran masa terhad yang BEST sangat untuk dimakan pada waktu berbuka, moreh serta sahur tau. Biar betul?! 

Siapa dekat sini penggemar Foldover, korang mesti dah excited sebab Mekdi buat comeback menu Foldover bermula 9 Mac yang lalu dan ianya terhad sementara stok masih ada tau! Jadi korang yang nak merasa tu kena dapatkan sekarang juga!

Cuba korang bayangkan, dah seharian berpuasa, dapat pula berbuka dengan Foldover Grilled Chicken atau Grilled Beef yang roti pitanya sangat lembut, dilengkapi dengan 2 keping daging yang digril serta disaluti sos dan disempurnakan dengan salad segar. Fuhh, memang terangkat!

Paling best, Mekdi buat comeback yang paling dinantikan yang confirm akan buat korang teruja! Antaranya adalah Mango McFlurry dan Nasi Lemak Creamy Butter Chicken! Perghh, kami yang tulis ni pun terliur tau, tak sabar nak rasa nanti! 

Siapa dekat sini suka makan butter chicken, alangkah indahnya bila dah seharian berpuasa, dapat pula berbuka dengan Nasi Lemak Mekdi panas-panas, disertakan dengan kuah pekat creamy Butter Chicken!

Bukan itu saja, bulan-bulan puasa ni, apa kata korang basahkan tekak korang dengan Mango McFlurry dan Creamy Cheese Pie! Uish, sedapnya!!

Mekdi Kekalkan Tradisi, Imbau Kenangan Perayaan Zaman Dahulu!

Nak tahu apa yang lagi best? Menjelang bulan Ramadan ni, Mekdi hadir dengan hiasan lampu-lampu berwarna-warni sepanjang laluan Drive-Thru tau! 

Jadi, kalau korang beli makanan dan minuman di Drive-Thru Mekdi, confirm korang dapat merasai kemeriahan suasana Ramadan dan Raya!

Dalam banyak-banyak cawangan Mekdi, berikut adalah cawangan Drive-Thru Mekdi yang mempunyai hiasan EXTRAVAGANZA:

1. McDonald’s Danau Kota

2. McDonald’s Putrajaya

3. McDonald’s Tampin

4. McDonald’s Muar

5. McDonald’s Kuantan

6. McDonald’s Amanjaya

7. McDonald’s Kangar

Jangan lupa untuk tanda kalendar korang nak serbu Mekdi berdekatan untuk nikmati seleksi menu terbaru Mekdi!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi McDonald’s atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram

#IndahnyaRamadan #AdakanMasa #JanganTungguLamaLama

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas