Connect with us

Oh! Media

Siapa ‘Pau-Pau’ Ni Sebenarnya & Apa Yang Dia Nak Buat? Ini Yang Korang Perlu Tahu

Branded

Siapa ‘Pau-Pau’ Ni Sebenarnya & Apa Yang Dia Nak Buat? Ini Yang Korang Perlu Tahu

Korang pernah nampak tak panda comel warna putih merah jambu ni dekat papan tanda jalan raya? Haa, benda pertama yang akan terlintas dalam fikiran korang mesti aplikasi foodpanda betul tak? 

Untuk pengetahuan korang, panda comel yang diberi nama ‘Pau-Pau’ ni secara rasminya telah menjadi maskot untuk foodpanda dan ia akan menjadi alat penghubung bila korang nak buat pesanan makanan menerusi aplikasi foodpanda. 

Jadi, untuk menyambut kehadiran ‘Pau-Pau’ serta menghargai pelanggan setia, foodpanda telah bekerjasama dengan seorang artis grafiti dan ilustrasi iaitu Cloakwork untuk menghasilkan mural di Kuala Lumpur yang dekat dengan hati masyarakat.

Di Mana Ada Pau-Pau, Di Situ Ada Makanan

Apa yang menarik terkandung dalam mural ini adalah ia berdasarkan lanskap makanan tempatan Malaysia, yang merupakan antara negara yang kaya dengan makanan yang pelbagai. 

Bukan itu sahaja, korang juga boleh ‘relate’ dengan hasil lukisan mural ni melalui elemen ‘Hungry Me’ yang mana bila korang tengok makanan tempatan je, mesti korang rasa terliur dan nak makan sekarang juga!

Dari situlah munculnya si comel ‘Pau-Pau’, yang akan tolong korang cari dan cadangkan tempat-tempat menarik yang jual makanan idaman korang.

Jadi, untuk korang yang fotogenik dan suka tangkap gambar tu, korang boleh datang ke dua lokasi mural ni iaitu dekat Jalan Tun Tan Cheng Lok dan Soong Kee Beef Ball Noodle di Jalan Tun Siew Sin. Jangan lupa tag foodpanda sekali!

Mural ni ada pada masa yang terhad je tau, jadi jangan lupa curi masa untuk singgah dan tengok sendiri hasil lukisan mural ni. Agak-agak masa tu korang tengah lapar, boleh lah order makanan dekat foodpanda sekali. 

Kalau korang belum ada aplikasi foodpanda, korang boleh dapatkan di App Store atau Google Play untuk nikmati banyak promosi menarik serta potongan harga! 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas