Connect with us

Oh! Media

Nak Upgrade Kereta Besar Raya Ni? Carsome Tawar Kadar Faedah 0% Selama Setahun. Wow!

Branded

Nak Upgrade Kereta Besar Raya Ni? Carsome Tawar Kadar Faedah 0% Selama Setahun. Wow!

Setelah 2 tahun pandemik, akhirnya Malaysia melangkah ke fasa peralihan endemik. Ramai nampaknya yang teruja kerana setelah sekian lama sekatan dikenakan, akhirnya tahun ini Syawal dapat diraikan bersama yang tersayang.

Tapi adakah korang dah bersedia untuk pulang ke kampung tahun ni? Masih dengan kereta lama atau ada rancangan untuk upgrade kereta baru? Rasanya kalau nak beli kereta baru macam dah tak sempat, apa kata korang beli je kenderaan terpakai yang berkualiti di Carsome.

Oh! Media yakin kalau cakap tentang beli kereta pra-milik, rata-rata dari kita mesti ada stigma negatif tentangnya. Mana tidaknya, proses jual beli kereta terpakai ni bukan senang tau, lagi-lagi kalau semuanya korang kena buat sendiri dari A sampai Z.

Bayangkan waktu yang korang kena habiskan nak cari kereta yang betul-betul memenuhi keperluan korang, lepas tu nak tawar menawar harga, check kondisi kereta dan kalau nak kena tukar nama pula macam mana? Kami yang tulis terus terbayang betapa lecehnya kalau semua benda ni nak kena buat seorang diri. 

Tapi korang tau tak, sekarang ni kalau nak beli kereta terpakai dah tak rumit tau. Sebab Carsome kan ada!

Nak beli kereta? Carsome Je Lah!

Carsome tu apa? Haa.. Untuk korang yang tak tau, Carsome ni merupakan platform yang menyediakan perkhidmatan jual beli kereta terpakai paling senang dan dipercayai di Malaysia!

Apa yang membezakan Carsome dengan platform lain ialah Carsome akan bantu korang dari awal proses korang nak beli kereta idaman sampailah ke proses akhir. Semua Carsome yang uruskan, yang paling best perkhidmatan ni juga tersedia secara offline dan online.

Selain tu, di Carsome ada 3 kualiti utama yang membuatkan pengguna mempercayai perkhidmatan yang ditawarkan. Korang yang nak beli kereta tu take note!

1. Urusan jual beli yang telus & penjual berpengalaman

Bila jual beli kereta terpakai ni benda paling menakutkan ialah kalau ada kos tambahan. Harga yang ditawarkan mungkin tak termasuk dengan bayaran untuk pemeriksaan Puspakom, tukar nama, dan lain-lain kos tersembunyi.

Lepas tu, dalam iklan kata kondisi kereta tip-top tapi bila dah tukar nama semua, ada je yang tak kena dan pembeli pula yang rugi nak kena repair macam-macam.

Sebab tu kalau nak beli kereta korang WAJIB beli daripada penjual yang dipercayai dan berkredibiliti. Di Carsome, mereka mempunyai standard tersendiri dimana kereta yang dijual haruslah mencapai taraf Carsome Certified.

Setiap kereta yang dijual telah lulus 175-titik pemeriksaan ketat Carsome yang dilakukan oleh pemeriksa yang bertauliah, bagi memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa kereta yang dijual mempunyai kualiti yang tinggi.

Bagi memudahkan lagi pengguna, Carsome selangkah di hadapan dengan membolehkan pembeli melihat dan memeriksa kereta secara dalam talian. Kereta yang disenaraikan dalam laman web Carsome dilengkapi dengan laporan pemeriksaan yang terperinci dan juga gambar yang jelas dari pelbagai sudut. Ada juga kereta terpilih yang korang boleh view daripada sudut pandang yang berbeza secara online je!

Nak cuba pandu uji kereta dulu sebelum beli? Pun boleh! Korang boleh booking sesi pandu uji di laman web Carsome. Kalau dah puas hati dan confirm nak beli, korang ada dua pilihan sama ada nak ambil kereta di Carsome Experience Center yang terdekat atau nak Carsome hantar kereta ke rumah korang. 

Urusan jual beli pun tidak rumit, Carsome akan membantu dalam urusan kertas kerja seperti tukar nama, permohonan pinjaman dan sebagainya.

2. Pilihan Kereta Yang Terbesar

Di Carsome, terdapat lebih 30 jenama kereta pra-milik Carsome Certified yang korang tinggal pilih je. Cakap je nak kereta jenis MPV, SUV, atau apa saja model yang korang nak. Semuanya ada di Carsome!

Platform ni juga tak mengenakan sebarang kos tersembunyi, harga yang korang tengok, itulah harga yang akan korang bayar. Kalau korang berubah fikiran mengenai kereta yang korang beli, boleh pulangkan je kereta kepada Carsome dalam lima hari untuk pulangan wang penuh, tanpa sebarang soalan! Kereta Carsome Certified juga diberikan jaminan selama satu tahun.

3. Kereta berkualiti hanya di Carsome

Carsome amat menitikberatkan kualiti kereta yang dijual. Kereta yang ditawarkan telah melalui Proses Pembaikpulihan Carsome Certified di Carsome Certified Lab. Ini bagi menjamin keselamatan, keselesaan, dan juga untuk memastikan kereta yang dijual berada dalam kondisi seperti baharu.

Kalau tak percaya boleh tengok video ni: 

Jom balik kampung dengan kereta baru. Beep!Beep!

Raya nak dekat ni, korang dah prepare belum kenderaan nak balik raya? Inilah masanya untuk naik taraf kereta korang dan ronda satu kampung bersama keluarga yang tercinta. Nak tukar kepada kereta lebih besar atau jimat minyak? Apa je alasan korang, cari je kereta yang korang idamkan di Carsome.

Ni kami nak share, korang tau tak sekarang ni sedang berlangsung kempen Carsome Berkat Aidilfitri, bermula dari 1 sehingga 30 April 2022. Yang mana korang boleh menikmati kadar faedah 0% sehingga setahun, tertakluk kepada jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman bila korang beli kereta Carsome Certified.

Antara faedah promosi Carsome Berkat Aidilfitri ni: 

  • Boleh buat pinjaman kereta minimum RM30,000 sehingga maksimum RM150,000.
  • Korang boleh menikmati penjimatan sehingga RM2,504 untuk bayaran bulanan korang tau!

Di Carsome, korang juga boleh trade-in kereta lama korang dan boleh dapat rebat sehingga RM1,000 serta berpeluang menang pakej percutian berbayar bernilai RM1,500 di Hard Rock Pulau Pinang untuk 3 pemenang. Wow!

Terokai pilihan kereta yang terbesar di Carsome. Tempah pandu uji sekarang di carsome.my/ untuk miliki kereta idaman korang hari ini.

Ingat kereta terpakai berkualiti, ingat Carsome! Beep! Beep!

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas