Connect with us

Oh! Media

Macam Ni Barulah Tenang! Rumah Bebas Debu & Bau Hapak Dengan  LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Purifier

Barulah tenang

Branded

Macam Ni Barulah Tenang! Rumah Bebas Debu & Bau Hapak Dengan  LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Purifier

“My life as a stay at home daughter….” 

Ha, orang lain buat, kita pun nak juga ikut trend kan. Kalau korang perasan, dekat media sosial sekarang ni mesti ramai yang ikut trend “My life as…” Seronok tau tengok kehidupan diorang. 

Baru la kita sedar yang semua orang ada kehidupan dengan cara mereka sendiri. Tapi, korang perasan tak walaupun kehidupan yang berbeza, mesti ada benda yang kita boleh relate juga. 

Kalau korang nak tahu apa, jom kami kongsikan beberapa video yang kami jumpa. 

“My Life As A Cat Mommy” Ramai Yang Nak, Tapi Tak Sanggup 

Kehidupan sebagai ibu kepada anak bulus ni bagaikan roller coaster tau. Kejap tenang je, ada kawan teman bermain, tapi kalau dah tenang sangat kita pula takut apa yang dia nak buat nanti. 

Tapi, masalahnya BULU! Cat mommy mesti faham kan struggle ni. 

Baju, sofa, paling tak boleh tahan kita boleh nampak bulu-bulu kucing berterbangan tau. Itu belum cakap lagi tentang bau, uish, kadang kita sebagai cat mommy pun tak boleh tahan tau. 

Eh, tak perlu risau lagi, kan dah ada LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Purifier yang dilengkapi dengan Pet Mode

LG Air Purifier terbaru ini dilengkapi dengan Photocatalytic Filter yang mampu menghilangkan bau dengan lebih berkesan untuk rumah yang lebih segar. 

Pet Mode juga mampu menangkap 35 peratus lebih bulu-bulu yang halus untuk rumah yang lebih bersih. Paling penting, ia dilengkapi dengan penggantian pra-penapis yang lebih mudah untuk digunakan. Barulah tenang. 

“My Life As A Remote Worker” Kehidupan Impian Ramai 

Ini betul-betul kehidupan impian ramai kan. Tak perlu penat-penat hadap trafik jem, untuk pergi kerja. Semuanya di hujung jari, kerja dari rumah pun boleh. 

Inilah dikatakan, “My life as a remote wo.. Ha ha hachum”.

Eh, kerja dari rumah memang seronok, tapi yang tidak bila kita ni ada macam-macam alahan. 

Dah cuba pelbagai cara tapi masih tak berkesan? Ha, jom cuba LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Purifier.

LG Purifier mempunyai Multi-Filtration System yang mampu menyingkirkan 99.9% bakteria dan virus. Bukan itu sahaja, LG Purifier juga mampu menyingkirkan 99.999% habuk tau. 

Ia dilengkapi dengan gabungan UV Nano™ dan lonizer yang boleh menyingkirkan 99.9% bakteria dan meneutralkan bahan bawaan udara yang berbahaya.

Barulah udara lebih bersih dan selamat. Ahh… barulah tenang! 

“My Life After Work” Ramai Yang Boleh Relate Kan? 

Inilah waktunya aku berdikari. Keluar pagi, balik malam, itulah kehidupan kita yang bekerja. Bila dah penat menghadapi kejamnya dunia di luar, inilah waktunya aku pulang dan berehat di rumah kecilku. Kejap bau apa ni?  

Ish, kacau betul la. Baru nak menghayati watak dah tak jadi. Tapi, nak buat macam mana, tak sempat la nak kemas rumah.  

Eh, dia pun gunakan LG Purifier la! Mana taknya, LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Purifier  ini mempunyai reka bentuk 360º yang mampu menyerap bahan tercemar dari setiap arah tau.  

LG Purifier dilengkapi dengan Clean Booster yang merupakan kipas berputar yang cukup unik. Ia dapat menyalurkan udara bersih 24% lebih pantas sehingga 9m ke setiap sudut rumah korang tau.  

Hmm, apa lagi? Barulah tenang! 

“My Life As A…” Next … 

Seronok kami tengok video-video yang korang kongsikan ni. Walaupun kehidupan yang berbeza tapi mesti ramai yang boleh relate kan. 

Kehidupan sebagai ibu kepada anak bulus, seorang “remote worker”, ataupun kehidupan selepas 9 to 5? 

Korang pula yang mana? Jom kongsikan dengan kami kehidupan korang sekarang.   

Walaupun kehidupan yang berbeza, tapi ramai yang hadapi masalah yang sama. Ha, korang tak perlu risau lagi dah, semuanya boleh diselesaikan dengan LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Purifier yang terbaru. 

Dilengkapi dengan teknologi terkini seperti Pet Mode yang mampu menangkap bulu-bulu halus, sesuai untuk cat mommy. Multi-Filtration System yang boleh menyingkirkan  99.9% bakteria dan virus, bagi yang mempunyai alahan. 

LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Purifier yang dihadirkan dengan reka bentuk 360º  yang boleh menyerap bahan tercemar dari setiap sudut rumah korang.  

Macam ni, barulah tenang je nak berehatkan. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan LG PuriCare™ 360º Alpha PET Air Purifier, layari laman rasmi LG

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas