Connect with us

Oh! Media

norman hakim

Oh! Artis

“Papa Sayang Adik, Aslam Dan Umisya” – Doa Norman Hakim Sempena ‘Birthday’ Marissa Dania Ke-19

Selebriti terkenal, Norman Hakim menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-19 anak perempuannya, Marissa Dania.

BACA: Norman Hakim Menangis Sebak, Reaksi Marissa Dania Pula Jadi Perhatian

IKLAN

Dalam hantaran yang dibuat di Instagram itu, Norman mengimbau kenangan 9 tahun lalu di mana Marissa menulis ‘surat cinta’ ibu bapanya.

norman hakim

Bukan setakat comel, surat itu membawa maksud yang mendalam apatah lagi ianya ditulis seorang anak yang baru berusia 10 tahun.

Mama & Mummy pun dapat surat sorang satu dari Adik. Hilang segala belenggu lelah bila dapat surat ni dari Adik. Abah masa tu baru ‘salam perkenalan’ dalam keluarga kita. Sampai hari ni surat ni masih tersimpan kemas dalam file hardcopy & softcopy papa.

Tulis Norman lagi, masih segar di fikirannya kenangan 19 tahun lalu di mana dia menyambut kelahiran Marissa di dalam kereta.

norman hakim

Selebriti ini turut menzahirkan rasa kasihnya terhadap Marissa yang takkan pernah berubah walau apa yang berlaku. Katanya, hanya mati sahaja yang dapat memisahkan mereka.

Papa sayang Adik, sayang Aslam & sayang Umisya. Semua anak-anak papa jugak. Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus. Allah hadirkan hujan, ribut & taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis & sujud semasa hadirnya pelangi nanti. Percaya & yakin waktu itu akan tiba.

Lebih mengharukan apabila Norman menitipkan doa buat Marissa, Aslam dan isteri pertama Aslam iaitu Umisya.

Perkongsian penuh:

Kredit: Instagram Norman Hakim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas