Connect with us

Oh! Media

Pelawak Dan Isteri Direman Dua Hari Sebab Sebar Maklumat Dalaman Polis?

Anggota polis maut rr nilai ohmedia

Oh! Artis

Pelawak Dan Isteri Direman Dua Hari Sebab Sebar Maklumat Dalaman Polis?

Kecoh di media sosial mengenai seorang pelawak dan isterinya ditahan reman selama dua hari bermula hari ini. Apa kes ni?

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu didakwa telah menyebarkan maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Kedua-dua telefon bimbit pasangan itu turut dirampas ketika mereka ditahan di Balai Polis Seksyen 9 dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

IKLAN

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini tular berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit menerusi aplikasi Telegram.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas