Connect with us

Oh! Media

Branded

Apa Jadi Dengan Red & Pink? Jom Bantu Monster Selesaikan Masalah Ini Dengan Beli Pek Edisi Terhad Mamee Monster!

Siapa kat sini suka makan snek mi Mamee Monster? Korang perasan tak ada sesuatu yang berbeza dengan snek OG kegemaran ramai ni?

Mamee Monster kini hadir dengan pek edisi terhad. Tapi…..

Kenapa macam ada sesuatu yang cuba disampaikan? Apa yang terjadi di antara Red dan Pink?

Bantu Monster Selamatkan Persahabatan Red & Pink!

Amboi drama apakah yang terjadi ni? Panas!!

Jom peminat snek mi Mamee Monster, kali ni kita kena tolong Monster untuk pulihkan situasi. Tak bestlah dalam group kawan-kawan ada yang bermasam muka.

Apa kita kena lakukan?

Beli Pek Edisi Terhad Mamee Monster & Korang Berpeluang Menang Percutian Ke Melaka & banyak lagi hadiah menarik!

Cantum & Menang!

Korang boleh bantu Monster jadi penyelamat untuk mendamaikan Red dan Pink dengan pilih hadiah terbaik untuk mereka sama ada Beg Tinju dan Baldi Ais.

Langkah 1: Beli Mamee Monster Edisi Terhad Pek Keluarga atau Pek Individu 

Langkah 2: Cari & gabungkan reka bentuk Beg Tinju (Perisa BBQ & Lada Hitam) atau Baldi Ais (Perisa Ayam & Pedas) di belakang pembungkusan Mamee Monster Pek Individu 

Langkah 3: Potong & tampal reka bentuk gabungan pada Borang Peraduan

Langkah 4: Hantar Borang Peraduan ke alamat yang dinyatakan 

300 penyertaan tertinggi daripada pengundian hadiah tertinggi (di antara beg tinju atau baldi ais) akan memenangi RM100 & Mamee Monster Pouch!

Skor adalah mengikut undian di laman web Mamee Monster berdasarkan penyertaan yang diterima (akan dikemas kini setiap minggu). 

Tapi bukan itu je tau, kalau bertuah korang juga berpeluang menang pakej percutian ke Melaka. Macam mana pula tu?

Cari & Menang!

Haa.. Yang ini memang ikut ‘luck’,  cari Sachet Emas (uncang emas) yang disembunyikan dalam Mamee Monster pek individu.

5 orang pertama yang berjaya jumpa dan serahkan sachet emas (will add more info) berpeluang menang percutian ke kampung halaman Monster di Melaka selama 3 hari 2 malam termasuk penginapan tau. Syok tu!

Jom Beli Mamee Monster Edisi Terhad & Jadi Yang Bertuah!

Bestnya makan Mamee Monster pun boleh menang hadiah. Snek favorite pula tu!

Peraduan ni akan berlangsung bermula 1 Julai sehingga 30 Ogos 2024. Dapatkan pek Mamee Monster edisi terhad di pasaraya berdekatan atau Mamee Official Store di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi Mamee Monster atau laman Facebook dan Instagram mereka.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas