Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Peniaga Jual Nasi Lemak Tak Ada Sambal RM4, Katanya Bukan Versi Biasa

Sebelum ini kami pernah kongsikan tentang peniaga yang mengenakan caj tambahan buat pengguna kod QR.

Kali ini, kisah seorang peniaga yang didakwa kedekut kerana menjual nasi lemak dengan harga tak masuk akal.

IKLAN

BACA: Lelaki OKU Berkerusi Roda Sejauh 1km Sehari Untuk Jual Nasi Lemak

Menerusi hantaran di Facebook, pelanggan dari gerai tersebut tidak berpuas hati kerana kualiti makanan itu tak setanding dengan harganya yang mahal.

Katanya, nasi lemak yang diterima tak lengkap seperti yang dia bayang apabila hanya diberi dua hiris timun, tiga ekor ikan bilis dan satu biji kacang.

Kisah lucu di pagi hari, niat nak support peniaga kecil tapi ini balasan yang saya dapat?

Minta sambal nasi lemak tak ada, katanya nasi lemak dia ‘versi lain’ jadi terpaksa minta sambal dari lauk yang lain.

Tambah telur mata jadi RM6.

Wanita itu juga menyatakan selalunya nasi lemak beli di gerai lain namun berasa terpanggil untuk mencuba yang lain.

Iye tau harga barang mentah naik, terpaksa naikkan harga jualan tapi takkan la jual nasi lemak tapi tak lengkap.

Di ruangan komen, ramai netizen yang mengecam tindakan peniaga berkenaan kerana dikatakan macam tak kisah tentang kepuasan pelanggan.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut tidak mendedahkan nama dan lokasi gerai tersebut untuk mengelakkan salah faham.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas