Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Zahirah Macwilson Ditegur Public Health Sebab Babak Merokok?

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson sekali lagi mencuri perhatian netizen disebabkan teguran yang diterima dari persatuan Public Health Malaysia (PHM).

BACA: Zahirah MacWilson Selamat Lahirkan Anak Kedua Aiman Hakim Di Australia

IKLAN

Menurut laporan HibGlam, pelakon itu ditegur kerana babak merokok yang ditayangkan baru-baru ini.

PHM menyatakan Zahirah sengaja mempromosikan amalan gaya hidup tak sihat yang boleh bagi pengaruh buruk kepada anak muda.

Kepada semua pelakon dan pengiat seni, teguhkan prinsip dalam kerjaya dengan meletakkan garis sempadan dalam hasil kerja anda.

Agak menyedihkan situasi di Malaysia apabila pelakon, Zahirah Macwilson perlu melakonkan watak seorang wanita yang merokok walaupun beliau sendiri bukan perokok dan membenci tabiat tersebut.

Siap buat perbandingan dengan negara Korea Selatan!

Difahamkan persatuan itu juga sempat membandingkan kualiti industri hiburan tempatan dan Korea Selatan.

Kejayaan industri K-drama di Korea Selatan merupakan fenomena budaya dan ekonomi yang hebat.

Ini didorong oleh produksi yang berkualiti, lakonan yang berkesan serta menggunakan tema universal yang menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Apa yang menarik, produksi Korea telah mengharamkan sama sekali adegan merokok dalam drama. Ini membuktikan untuk menghasilkan satu hasil produksi yang hebat dan lakonan yang berimpak tinggi.

Berdasarkan pemerhatian Oh! Media, Zahirah Macwilson masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isu ini

Kredit: HibGlam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas