Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Dah 51 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Tahu 2 Anak Bukan Dari Benihnya

Ujian dalam perkahwinan tu sudah menjadi kebiasaan buat setiap pasangan dan kadang-kadang tu datang pada masa yang tak disangka-sangka. Macam lelaki ini yang baru tahu fakta tentang anaknya.

BACA: Suami Kerja Offshore Baru Tahu 4 Dari 6 Anak Bukan Benihnya, Nama Di IC Kekal Demi Jaga Aib

IKLAN

Menerusi video yang tular di TikTok, seorang lelaki warga emas mendedahkan dua zuriat yang kini sudah berusia 40 dan 42 tahun bukanlah anak kandungnya.

Lebih menyedihkan lagi, lelaki tersebut berkata dia baru mengetahui rahsia besar yang disimpan oleh isterinya selepas 51 tahun bersama.

Sejak dulu saya bertahan dengan dia demi anak-anak, cucu-cucu dan sekarang cicit.

Tapi mereka bukan anak saya, lantaklah.

@kevinwesleygenie

After 51 years of marriage this judge learns his children arent his!!!

♬ original sound – Kevin W’esley

Nak dijadikan cerita, dia dapat tahu berita ini apabila dia dan dua anaknya lakukan pemeriksaan menyeluruh untuk melihat buah pinggang mereka sesuai untuk didermakan ke abang lelaki tersebut.

Isteri selalu tukar pasangan

Katanya dia lebih terkejut selepas membuat ujian DNA menunjukkan dua orang anak itu berbeza bapa disebabkan isterinya yang selalu bertukar pasangan.

Saya akan memandu pulang untuk merangka kertas penceraian, lihatlah sama ada saya boleh bebas daripada perempuan gila itu.

Susulan itu, dia yang juga seorang pesara hakim yakin boleh memfailkan sama ganti rugi sekiranya identiti bapa-bapa mereka diketahui.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas