Connect with us

Oh! Media

khalwat

Trending

Takut Sorang-Sorang Di Rumah, Pelajar IPT Dah Seminggu Duduk Sekali Dengan Pakwe

Bertindak di atas maklumat orang awam, sepasukan anggota Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menyerbu sebuah pangsapuri di Meru Raya, Ipoh Perak.

BACA: Kantoi Berkhalwat, Pakwe Pecut Kereta Sampai Masuk Sungai! Lari Tinggal Awek Sorang-Sorang

IKLAN

Hasil serbuan jam 11.30 pagi itu, pihaknya telah menahan pelajar wanita berusia 22 tahun bersama pasangannya berusia 20 tahun.

khalwat

Mereka difahamkan belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang sama. Menurut Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim, pasangan berkenaan didapati tinggal bersama di rumah itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita itu memberi alasan bahawa dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang ke kampung.

Bimbang keselamatan diri, dia menumpang di rumah sewa pasangannya kerana kebetulan rakan lelaki tersebut juga balik bercuti.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat Penguat kuasa JAIPk bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 54(1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas