Branded
Hasil Gambar Sama Seperti Kamera Profesional! Korang Kena Try Studio Fotografi Smartphone HONOR 200
Oleh
Baru saja memasuki pasaran Malaysia, rata-rata pengguna telefon pintar nampaknya memang menantikan Siri HONOR 200 ni. Mana tidaknya, HONOR mengumumkan kolaborasi bersama Studio Harcourt, sebuah studio gambar terkenal di Paris.
Korang pasti terpegun dengan hasil gambar yang dirakamkan oleh telefon pintar ni, sebab hasilnya SAMA seperti kualiti tangkapan di studio. Kalau korang tak percaya, ini kami kongsi pengalaman berkunjung ke Studio Fotografi Smartphone HONOR 200 Pertama di Malaysia.
Rasa Macam Orang Lain!
Diberi kesempatan berkunjung ke Studio Fotografi Smartphone HONOR 200 di Pavilion Bukit Jalil, kami boleh kata ini ialah pengalaman yang sangat menerujakan!
Selepas membuat pengesahan kehadiran (menerusi tempahan slot), kami telah diberi penerangan tentang gaya yang kami boleh cuma. Untuk lari daripada kebiasaan, kami telah memilih gaya vintage.
Sama seperti di studio sebenar, di situ terdapat seleksi baju dan props yang boleh digayakan dan paling best siap ada makeup artis yang akan bantu mendandankan kami mengikut gaya yang dipilih.
Selepas siap je salin pakaian dan solekan, kami dibawa ke dalam studio gambar. Mula-mula kami risau sebab tak tau posing, tapi nasib baik ada jurugambar yang bantu membimbing untuk mendapatkan gaya yang diinginkan.
Tengoklah hasilnya, rasa macam tak percaya tengok diri sendiri!
Teringin merakamkan gambar seperti di studio? Datanglah ke Studio Fotografi Smartphone HONOR 200 yang berhampiran.
Korang boleh nikmati sesi penggambaran potret yang setanding dengan kualiti studio fotografi, termasuk solekan, rambut dan pakaian, dan siap dapat foto potret korang selepas penggambaran.
Semuanya ini disediakan secara PERCUMA!
Kalau korang nak tau, acara ni bertemakan ‘Let Your Beauty Speak for Itself’ yang mengetengahkan idea percaya kepada diri sendiri adalah satu kecantikan dan setiap individu layak untuk memperolehnya.
Acara ini mempelawa pengunjung untuk menerokai kecantikan diri mereka dan merakamkannya dengan HONOR 200 Pro.
Jangan lupa daftar kehadiran sebelum berkunjung
Tapi sebelum tu, pastikan korang mendaftar di link mengikut tempat pilihan masing-masing. Untuk mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang, korang boleh ‘booked’ tarikh di bawah:
Penang
Tarikh: 10 – 14 Jun 2024
Lokasi: Sunway Carnival Mall Main Atrium, G Floor (New Wing)
Link pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall
Selangor
Tarikh: 17 – 21 Jun 2024
Lokasi: Sunway Pyramid Mall, LG2 Orange Concourse
Link pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid
Putrajaya
Tarikh: 31 Julai – 4 Ogos 2024
Lokasi: IOI City Mall, LG East Court
Link pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall
Siri HONOR 200 – Telefon Potret Terbaik Setakat Ini
HONOR baru sahaja melancarkan ‘Flagship Estetik AI’ Siri HONOR 200, berharga dari RM1899. Peranti ini bukan sahaja dilengkapi kamera standing flagship, malah menerusi kolaborasi bersama Studio Harcourt, HONOR turut melancarkan tiga mod potret Harcourt eksklusif.
Terkenal dengan potret hitam putih, nilai gambar yang dirakam di Harcourt mencecah RM10,000 tau! Dan kini anda boleh mengalaminya pada siri HONOR 200.
Apa perbezaan Mod Potret Harcourt dengan Filter?
Siri HONOR 200 bekerjasama dengan Studio Harcourt pada peringkat teknikal, menggunakan kemampuan pengesanan cahaya dan bayang Harcourt, untuk menangkap gambar potret bertaraf studio.
Dengan sokongan teknologi AI HONOR, siri HONOR 200 boleh melaraskan cahaya, warna dan komposisi secara automatik serta menjadikan setiap foto penuh dengan rasa artistik.
Spesifikasi Kamera Siri HONOR 200
HONOR 200 Pro
-50MP Kamera Utama, sensor H9000 (Sensor mercu eksklusif HONOR), menyokong OIS+EIS
-50MP Kamera Telefoto, sensor Sony IMX856, menyokong zoom optikal 2.5x dan zoom elektrik 50x, OIS+EIS
-12MP Kamera Ultra-lebar dan Macro
HONOR 200
-50MP Kamera Utama, sensor Sony IMX906, menyokong OIS+EIS
-50MP Kamera Telefoto, sensor Sony IMX856, menyokong zoom optikal 2.5x dan zoom elektrik 50x, OIS+EIS
Siri HONOR 200, Spesifikasi Mercu Pada Harga Berpatutan
Dikenali sebagai ‘Flagship Estetik AI’, Siri HONOR 200 mengintegrasikan teknologi termaju dengan estetik fotografi klasik serta keupayaan AI yang berkuasa.
Kedua-dua HONOR 200 dan HONOR 200 Pro didatangi dengan sistem tri-kamera 50MP, bateri silikon karbon 5200mAh, pengecasan pantas 100W, skrin perlindungan mata tanpa risiko yang eksklusif hanya pada jenama HONOR, cipset Snapdragon, 12GB RAM dan 12GB RAM Turbo, dwi stereo pembesar suara, dwi OIS dan EIS
HONOR 200 ialah telefon pintar kelas pertengahan terbaik tahun ini, manakala HONOR 200 Pro pastinya merupakan telefon mercu pada entry level yang pastikan anda tidak mahu terlepas.
Versi standard HONOR 200 tersedia dalam dua konfigurasi penstoran, iaitu 12GB RAM+512GB (RM2,199) dan 12GB RAM+256GB (RM1,899). HONOR 200 Pro didatangkan dengan penstoran 12GB RAM+512GB, pada harga RM2,699.
Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan peranti terkini, layari laman rasmi HONOR di Facebook dan Instagram.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.