Branded
Kempen “Sip, Sip, Lalamove”, Tawar Minuman Tealive Percuma
Lalamove, platform penghantaran atas permintaan terkemuka, tampil memeriahkan sambutan Merdeka dengan kempen terbaharu “Sip, Sip, Lalamove” yang menawarkan minuman Tealive percuma untuk dihantar terus ke pintu rumah pengguna.
Bermula 17 Ogos, pengguna boleh mendaftar untuk berpeluang menerima sehingga dua minuman Tealive Lychee Edisi Hari Kebangsaan. Jumlah minuman percuma adalah terhad, jadi pengguna digalakkan mendaftar lebih awal.
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna Lalamove di Malaysia, sama ada pengguna baharu atau sedia ada, dengan satu penebusan bagi setiap individu.
Raikan Semangat Cinta Produk Tempatan

Berlangsung sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, kempen ini merupakan kempen pertama seumpamanya oleh Lalamove dengan kerjasama jenama tempatan, Tealive, bagi meraikan semangat bangga terhadap produk tempatan.
“Di Lalamove, kami percaya bahawa momen-momen kecil dalam kehidupan seharian mampu menyatukan rakyat Malaysia. Jadi, cara apa yang lebih baik untuk meraikan Merdeka selain memberikan penghargaan kepada jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat seperti Tealive,” kata Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia.
“Melalui kempen ‘Sip, Sip, Lalamove’, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti kami dengan menghargai kesetiaan mereka, di samping memudahkan mereka menyokong perniagaan tempatan. Kempen ini mencerminkan komitmen kami untuk bukan sahaja menawarkan kemudahan penghantaran, tetapi juga mengeratkan hubungan serta meraikan perkara yang menjadikan Malaysia istimewa,” tambahnya.
Setiap kod melayakkan pengguna menerima satu set yang mengandungi dua minuman berperisa Merdeka iaitu Lychee Osmanthus Jelly Tea dan Lychee Osmanthus Jelly Milk Tea.
Promosi ini berlangsung di 24 cawangan Tealive yang mengambil bahagian di seluruh negara, termasuk Johor, Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Kuching, yang semuanya berada dalam kawasan liputan penghantaran Lalamove di Malaysia.
Lagi Banyak Cara Untuk Jimat

Bukan sahaja boleh mendapatkan minuman Tealive percuma, pengguna Lalamove juga berpeluang menjimatkan kos penghantaran sepanjang tempoh sambutan Merdeka.
Dengan menggunakan kod LA69MY, pengguna boleh menikmati diskaun 39% untuk penghantaran menggunakan kereta, pikap 4×4, van atau lori.
Promosi ini sah sehingga 31 Ogos 2026.
Cara Sertai Kempen
Caranya mudah:
- Daftar – Isi borang Google rasmi yang boleh didapati melalui pautan di bio Instagram Lalamove Malaysia (@lalamovemy) dengan maklumat yang diperlukan.
- Dapatkan kod – Peserta yang berjaya akan menerima kod unik menerusi e-mel.
- Buat tempahan – Pada 1 September 2026, buat tempahan pickup Lalamove mengikut slot masa yang diberikan dan masukkan kod tersebut di bahagian Driver Notes. Tempahan tanpa kod berkenaan tidak layak menerima minuman percuma.
- Tebus minuman – Pemandu Lalamove yang ditugaskan akan menunjukkan kod tersebut di cawangan Tealive yang dipilih untuk mengambil minuman.
Memandangkan minuman akan diberikan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada ketersediaan harian di setiap cawangan, pengguna digalakkan membuat penebusan lebih awal.
Nak Sertai? Jangan Tunggu Lama
Untuk menyertai kempen dan mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh mengunjungi Instagram Lalamove Malaysia di @lalamovemy dan membuat pendaftaran untuk peluang mendapatkan minuman Tealive percuma.

