Branded
Lebih Meriah, Paramount Property Kembali Dengan Paramount Cup 2026, Menawarkan Hadiah Lebih RM110K
Disebabkan edisi sulung mendapat sambutan cukup memberangsangkan, Paramount Property hari ini mengumumkan secara rasmi yang mereka akan comeback dengan Paramount Cup 2026!
Edisi kali ini semestinya akan menjadi kejohanan yang lebih mega dan lebih meriah, di mana ia dijangka menarik lebih daripada 900 peserta tau. Ramainya!
Dengan penyertaan seramai itu, of course hadiah ditawarkan mestilah lumayan betul tak? Haa, tahu tak hadiah keseluruhan yang bakal direbut adalah bernilai lebih RM110,000, mengukuhkan lagi kedudukan sebagai antara kejohanan pickleball utama di Malaysia! Mantap!
Lapan Kategori Baharu Diperkenalkan
Kalau korang nak tahu, kejohanan ini akan diselia oleh Pengarah Kejohanan bertauliah PPA yang akan memastikan piawaian antarabangsa dalam aspek pengadilan, pengurusan pertandingan dan pengalaman pemain.

Ia akan merangkumi kategori perseorangan, beregu, beregu campuran dan berpasukan untuk pelbagai kumpulan umur serta tahap kemahiran, daripada pemain baru sampailah mereka yang berpengalaman.
Paling penting, apa yang membuatkan kejohanan ini lebih meriah adalah mereka memperkenalkan lapan kategori junior baharu tau. Antaranya:
– Perseorangan dan Beregu Campuran Bawah 10 Tahun (B-10)
– Perseorangan dan Beregu Campuran B-12
– Perseorangan dan Beregu Campuran B-14
– Perseorangan dan Beregu Lelaki B-16

Fuhh, dengan penambahan kategori baru ni, memang tak dinafikan kejohanan ini pastinya akan mewujudkan persaingan yang lebih hangat!
Selain itu, ia juga mencerminkan komitmen Paramount Property untuk memupuk bakat muda serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi baru untuk menyertai sukan ini.
Sambil Bersukan, Sambil Beramal
Selain itu, apa yang membuatkan kejohanan Paramount Cup 2026 lebih bermakna adalah mereka menjadikan setiap pendaftaran satu peluang untuk menyumbang kepada masyarakat tau.
Kalau korang nak tahu, bagi setiap peserta yang mendaftar, PLAYA akan menyumbang RM5 daripada yuran pendaftaran kepada Shelter Home for Children, dengan Paramount Property memadankan sumbangan tersebut ringgit demi ringgit.

“Tahun ini, kami membawa kejohanan ini selangkah lebih jauh menerusi inisiatif amal yang mencerminkan komitmen kelestarian kami di bawah teras Memperkaya Insan dan Komuniti. Ia memberi peluang kepada setiap peserta untuk menjadi sebahagian daripada usaha yang bermakna dan menunjukkan bagaimana tindakan kecil, apabila dilakukan bersama-sama, mampu menghasilkan impak sosial yang berkekalan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paramount Corporation Berhad, Beh Chun Chong.
Menerusi inisiatif ini, ia dapat menyatukan pemain, PLAYA dan Paramount Property dalam usaha bersama untuk mencipta impak sosial positif melalui sukan. Bagusnya!
Dapat Pengiktirafan, Buka Laluan Ke Pentas Antarabangsa
Paling penting, tahu tak Paramount Cup 2026 dapat pengiktirafan rasmi sebagai pusingan kelayakan APP Asia, hasil kerjasama erat PLAYA Racquet Club dengan Association of Pickleball Professionals (APP), antara organisasi pickleball profesional terkemuka dunia tau!
Menerusi pengiktirafan ini, ia bakal membuka laluan kepada pemain tempatan untuk beraksi ke pentas antarabangsa. Fuhh, hebat!
Haa, peserta yang mencatat prestasi baik semasa kejohanan Paramount Cup 2026 bukan saja akan bersaing untuk merebut pingat dan hadiah wang tunai, tapi juga merebut peluang melayakkan diri ke kejohanan dalam jelajah APP. Good luck guys!

“Ini merupakan satu perkembangan besar bagi sukan pickleball di Malaysia. Melalui kerjasama PLAYA dengan APP, pemain tempatan kini mempunyai laluan sebenar untuk bersaing di pentas antarabangsa. Kami berharap peluang ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain daripada mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini hinggalah pemain berpengalaman untuk mendaftar dan menjadi sebahagian daripada kejohanan ini,” kata Pengarah PLAYA Racquet Club, Brian Choo.
Tanda Kalendar & Saksikan Persaingan Sengit Kejohanan Paramount Cup 2026
Tak dinafikan, dengan penyertaan yang ramai, serta tawaran hadiah yang cukup lumayan, ditambah pula dapat peluang untuk bersaing ke peringkat antarabangsa, memang kejohanan kali ini cukup meriah!
Jadi, kalau korang nak saksikan sendiri pertempuran 900 peserta di kejohanan Paramount Cup 2026, jangan lupa take note info di bawah ini:
Lokasi: PLAYA Racquet Club @ PARC Subang
Tarikh: 22 hingga 25 Oktober 2026
Untuk sebarang update terkini, ikuti Instagram rasmi Paramount Cup https://www.instagram.com/theparamountcup/.

