Connect with us

Oh! Media

5 Akibat Abai Langkah Penting Deep Cleansing Setiap Hari Ramai Tak Tahu

Branded

5 Akibat Abai Langkah Penting Deep Cleansing Setiap Hari Ramai Tak Tahu

Mungkin ramai yang masih tidak biasa atau tidak pernah mendengar sekalipun mengenai deep cleansing dalam penjagaan kulit. Apakah deep cleansing sebenarnya? Deep cleansing bermaksud pembersihan mendalam pada pori kulit menyingkirkan kekotoran dan minyak, membersihkan pori bagi menghasilkan kulit lebih bersih berseri setiap kali. Ini  akibatnya jika langkah penting ini tidak dipraktikkan.

Kulit kusam

Salah satu kesan tidak mengamalkan deep cleansing adalah kulit akan kelihatan kusam. Pengumpulan sel kulit mati akan menghalangi sel kulit baru diperbaharui dalam satu kitaran.

Menua sebelum usia

Kulit wajah juga akan cepat kelihatan tua sebelum usia memandangkan kotoran dan sebum yang terkumpul pada pori-pori.

Produk penjagaan kulit tidak berkesan

Penyerapan produk penjagaan kulit tidak akan optimum kerana terhalang oleh kotoran dan sel kulit mati di lapisan epidermis. Ini sekaligus menjadikan bahan-bahan aktif skincare tidak dapat diserap dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Jerawat mudah terbentuk

Jerawat terjadi apabila kotoran dan minyak terperangkap pada permukaan kulit dan menyumbat pori. Tanpa pembersihan menyeluruh, maka terhasillah jerawat. Apabila kulit bersih sepenuhnya, jerawat akan dikurangkan kerana segala kotoran dan minyak disingkirkan dari kulit.

Pori kelihatan besar, tekstur kulit tidak sekata

Pori yang kelihatan besar adalah disebabkan pengumpulan minyak dan kotoran. Dengan mengamalkan deep cleansing, pori bersih dan automatik akan diminimumkan penampilannya.

Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser

Jenama penjagaan kulit, Neutrogena memperkenalkan Neutrogena Deep Gentle Clean Foaming Cleanser untuk membantu pengguna setianya mencapai kulit sihat idaman. 

Kulit kita terhasil dengan 40% amino acid yang menjadi bahan penting pencuci muka Neutrogena ini. Teknologi Amino Micellar mempunyai struktur Amino Acid sama dengan kulit. Ianya membersihkan kulit tanpa mengganggu lapisan perlindungan kelembapan.

Terbukti secara klinikal, pencuci ini membersihkan 99% kotoran secara lembut tanpa menghilangkan kelembapan kulit semulajadi. Formula Moisture balance membersihkan dengan berkesan jauh ke dalam pori untuk melarutkan minyak dan kekotoran di samping mengembalikan lembapan pada kulit.

Dengan Micellar Amino Foam, 99% kekotoran dari kulit disingkirkan, kemudiannya digantikan dengan 99% kelembapan semulajadi dalam 15 jam.

Selain varian Deep Clean Gentle seperti di di atas, terdapat 5 lagi variant untuk memenuhi pelbagai keperluan dan masalah dihadapi pengguna.

Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser

Bagi mereka dalam proses menghidrasikan kulit, Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser adalah pilihan tepat. Pencuci muka ini ditambah dengan hydrating water mineral complex yang memberikan 2 kali rangsangan lembapan untuk memperkuat lapisan perlindungan kulit.

Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser

Stresnya bila bermacam produk dah pakai tapi kulit masih kusam tak bermaya. Jangan risau lagi. Pertamanya, cuci muka dengan Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser diperkaya dengan ekstrak mulberry dan whitening vitamin complex bagi menyokong kecerahan kulit hari demi hari.

Neutrogena Deep Clean Acne Foaming Cleanser

Musuh ramai orang jerawat atau acne kini bukan lagi masalah dengan penggunaan konsisten Neutrogena Deep Clean Acne Foaming Cleanser. Ia membersih secara mendalam ke dalam pori termasuklah micro-pollutants sambil mengekalkan 99% kelembapan semulajadi kulit. 

Buih Amino dikuasakan teknologi amino micellar membersihkan lembut sel kulit mati untuk mengurangkan bintik hitam dan jerawat.

Neutrogena Deep Clean Soothing Foaming Cleanser

Tiada yang lebih merisaukan dari memiliki kulit mudah rengsa terutamanya setiap kali selepas cucian. Kadang-kadang formulasi penjagaan kulit tidak bersesuaian mencetuskan rasa tidak selesa kulit. Neutrogena Deep Clean Soothing Foaming Cleanser ini menjalankan tugas membersihkan kulit tanpa mengganggu imbangan pH kulit.

Neutrogena Deep Clean Micellar Gel Makeup Remover

Seharian pakai mekap, mencuci muka dengan Neutrogena Deep Clean Micellar Gel Makeup Remover adalah kewajipan. Ianya diformulasi dengan CICA +Portulaca Complex untuk 2 kali kuasa melegakan kulit.

Pencuci muka dari mekap kurang geseran kulit ini dirumus 6% micellar bagi membersihkan 99% mekap tanpa mengganggu lapisan perlindungan kulit. Dibandingkan dengan micellar water, ianya 1.2 kali lebih pekat dengan agen pembersih mekap. Ia juga 70% kurang diserap cotton pad untuk pembersihan berkesan.

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser ini boleh didapati di farmasi, pasar raya berhampiran dan juga secara online di Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas