Connect with us
ira kazar

Oh! Artis

Ira Kazar Aktif Di IG Selepas Cerai, Kongsi Tips Kecantikan Muka

Selepas bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof, pempengaruh media sosial, Ira Kazar dilihat kembali aktif di Instagram.

Selain berkongsi aktiviti semasa, Ira juga tampil dengan sesi soal jawab berkenaan tips penjagaan kulit wajah dengan para pengikutnya.

IKLAN
ira kazar

Dalam sesi tersebut, Ira berkongsi cara penjagaan wajah yang diamalkan dan mengaku pernah mengalami fasa kulit muka berjerawat teruk sebanyak dua kali.

Yes Ira pernah breakout dua kali dan proses nak sembuh tu mengambil masa yang sangat lama. It was really frustrating tapi Ira belajar something.

Ini my personal preference tau, tak semua Ira pakai sesuai juga untuk korang. One thing yang Ira tahu dan korang patut tahu, kalau tengah breakout kena back to basic skincara iaitu pencuci, pelembab dan sunscreen. Dah itu je untuk sementara je okay?

Ira juga memberitahu dia mempunyai kulit muka jenis combination iaitu berminyak dan kering bergantung kepada keadaan.

ira kazar

Anak kepada pelakon veteran Kazar ini menasihati orang ramai supaya mengambil tahu jenis kulit wajah sebelum mencari produk yang sesuai.

Memang banyak lagi lah soalan netizen berkenaan kulit wajah yang Ira jawab. Pendek kata, Ira meneruskan hidup seperti biasa biarpun baru melalui fasa perpisahan dalam rumah tangga.

ira kazar

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Ira Kazar


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas