Oh! Tech
Selangor Bakal Ada Dompet Digital Negeri Tak Lama Lagi?
Selangor akan membangunkan dompet digital negeri pada awal tahun depan dan ianya telah dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2022 baru-baru ini.
BACA : Pengguna Mungkin Boleh Tambah Nilai Kad Touch N Go Menerusi Aplikasi Hujung Tahun Ini
Hal ini akan mempergiatkan rakyat dan warga PKS untuk menggunakan kesemua perkhidmatan urusan kerajaan negeri Selangor secara ‘cashless’ dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari.
Untuk pengetahuan, kerajaan telahpun menubuhkan sebuah syarikat, Selangor E-Wallet Sdn bhd yang kini melaksanakan kerjasama dengan syarikat tempatan untuk mendapatkan lesen daripda Bank Negara Malaysia (BNM).
Apapun, pelaksanaan dompet digital ini merupakan salah satu benda yang menarik dan secara tak langsung kita semua dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.
Diharapkan agar kita semua terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan ya.
Kredit: rnggt
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM