Connect with us

Oh! Media

Trump Akhirnya Mengaku Kalah Dengan Biden Selepas Rusuhan

Ohmedia trump biden

Oh! Negara

Trump Akhirnya Mengaku Kalah Dengan Biden Selepas Rusuhan

Semalam berlaku serangan penyokong Trump di bangunan Capitol ketika Kongres sedang bersidang untuk mengesahkan kemenangan Biden.

Selepas rusuhan berlaku, Donald Trump akhirnya mengakui dia tewas dengan mengatakan Joe Biden adalah Presiden AS seterusnya.

Kongres sudah mengesahkan keputusannya. Sebuah pentadbiran baharu akan dirasmikan pada 20 Januari ini. Tumpuan saya sekarang adalah bagi memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan teratur. Saat ini memerlukan pemulihan dan perdamaian. – Tulis Trump di Twitter.

Kalau korang nak tahu, selama ini Trump telah mendakwa berlaku penipuan dalam kemenangan Biden dan mengatakan kemenangannya dalam pilihan raya telah dirampas darinya.

IKLAN

Semalam rusuhan di Capitol berlaku selepas beberapa jam penunjuk perasaan yang penyokong Trump berhimpun, mereka merempuh sekatan jalan raya dan menyerbu masuk Capitol untuk mengganggu sesi khas itu menyebabkan sidang itu terpaksa dihentikan sementara.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas