Connect with us

Oh! Media

Langkawi Kekal Top 5 Penagih Dadah Berkumpul Di Kedah

Ohmedia polis dadah langkawi

Oh! Negara

Langkawi Kekal Top 5 Penagih Dadah Berkumpul Di Kedah

Langkawi kekal antara daerah tertinggi penagih dadah di Kedah dengan kes membabitkan remaja hingga warga emas.

Langkawi sekali lagi menjadi perhatian apabila kekal dalam senarai top 5 daerah tertinggi merekodkan jumlah penagih dadah di Kedah.

Lebih membimbangkan, kes yang dikesan bukan hanya melibatkan golongan belia, tetapi turut membabitkan remaja seawal usia 13 tahun serta warga emas.

Isu ini secara tak langsung boleh memberi kesan kepada imej Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara.

IKLAN

Langkawi catat angka tinggi

My langkawi cable cars

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihak AADK sudah menjalankan 19 siri operasi di seluruh daerah Langkawi sejak Januari hingga April tahun ini.

Daripada 311 individu yang ditahan untuk ujian saringan air kencing, seramai 263 orang atau 84.5 peratus disahkan positif pelbagai jenis dadah.

Dalam tempoh lima tahun dari 2021 hingga 2025 jumlah penagih di Langkawi sahaja yang ditahan adalah seramai 7,732 daripada 82,168 di seluruh Kedah.

Dalam tempoh itu, seramai 99 yang ditahan berusia 13 hingga 18 tahun, seramai 5,028 penagih pula berusia 19 hingga 39 tahun dan 2,602 orang pula berusia 40 hingga 59 tahun manakala dua lagi tiada maklumat usianya.- Katanya.

Sindiket dadah kembali jadi perhatian

Ohmedia dadah langkawi polis

Sebelum ini, Ohmedia pun ada kongsikan artikel tentang rangkaian pengedaran dadah yang dipercayai bergerak secara tersusun di sekitar Langkawi.

Rangkaian itu dikatakan muncul selepas kematian Pablo Escobar Langkawi Mat Nahar enam tahun lalu dan didakwa mempunyai kaitan dengan individu dikenali sebagai Mr A.

Susulan pendedahan itu, anggota polis yang dikenali sebagai Mr A dilaporkan sudah ditukarkan ke jabatan lain, manakala seorang lelaki dikenali Beguk pula didakwa di mahkamah.

Pssttt! Isu dadah ni memang tak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi bila melibatkan remaja seawal usia 13 tahun. Harapnya usaha pencegahan, pemantauan dan sokongan komuniti dapat diperkukuhkan supaya Langkawi bukan saja kekal cantik sebagai lokasi pelancongan, tapi juga selamat untuk semua.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas