Oh! Artis
Hafreez Adam Dedah Azar Azmi Jadi Penyelamat Adiknya
Azar Azmi dipuji Hafreez Adam kerana sifat baik hati dan bantu selamatkan pesakit Covid ketika PKP.
Pelakon Hafreez Adam tampil berkongsi sisi baik yang dimiliki aktres Azar Azmi menerusi media sosial miliknya. Perkongsian itu dibuat di Threads dan terus menarik perhatian ramai netizen.
Menurut Hafreez, Azar bukan sahaja seorang yang kelakar dan periang, malah sangat aktif membantu orang ramai ketika zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar enam tahun lalu.
Hafreez Adam puji sikap baik Azar Azmi

Hafreez berkata, pengalaman bekerja bersama Azar memang menyeronokkan kerana pelakon itu seorang yang mudah menceriakan suasana.
Dia ni baik, kelakar dan periang orangnya. Kerja dengan dia selalunya gelak sahaja. Semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), dia sangat aktif turun padang untuk memberi bantuan kepada orang ramai.- Katanya.
Perkongsian itu membuatkan ramai netizen mula melihat sisi lain Azar yang selama ini mungkin jarang diketahui umum.
Pernah bantu adik Hafreez ketika Covid

Bukan itu sahaja, Hafreez turut mendedahkan Azar pernah membantu adik perempuannya dan rakan-rakan yang dijangkiti Covid ketika keadaan mereka agak kritikal.
Pada waktu itu, Hafreez berkata mereka berdepan kesukaran untuk mendapatkan ambulans kerana situasi pandemik yang sangat mencabar.
Namun, Azar lah yang membantu kami untuk mendapatkan van tersebut. Saya boleh katakan dialah penyelamat adik saya dan rakan-rakannya.- Kongsinya.
Ramai tersentuh dengan kisah dikongsi

Perkongsian Hafreez itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang memuji tindakan Azar membantu tanpa berkira ketika ramai berada dalam kesusahan.
Malah, ramai juga mengakui kisah seperti ini membuka mata bahawa masih ramai artis yang sebenarnya banyak membantu di belakang tabir tanpa diketahui umum.
Pssttt! Kadang-kadang kita cepat menilai seseorang hanya dari apa yang nampak dekat media sosial. Hakikatnya, mungkin ada banyak kebaikan yang orang itu lakukan dalam diam tanpa perlukan pujian daripada sesiapa.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM