Connect with us

Oh! Media

Warga Bangladesh Ditahan Guna Nombor MyKad Peniaga Untuk Isi RON95 Bersubsidi

Ohmedia isi minyak

Oh! Tidak

Warga Bangladesh Ditahan Guna Nombor MyKad Peniaga Untuk Isi RON95 Bersubsidi

Warga Bangladesh ditahan polis selepas disyaki guna nombor MyKad peniaga untuk isi minyak subsidi RON95.

Seorang juruwang warga Bangladesh ditahan polis selepas dipercayai menyalahgunakan nombor MyKad milik seorang peniaga di Selangor untuk mendapatkan subsidi minyak RON95.

Kes ini mula terbongkar selepas peniaga terbabit menyedari kuota BUDI MADANI miliknya tiba-tiba berkurangan.

Menurut laporan, pengadu yang berusia 57 tahun membuat semakan melalui aplikasi di sebuah stesen minyak di Setia Alam, Shah Alam pada 8 April lalu sebelum mendapati terdapat transaksi mencurigakan berlaku menggunakan nombor MyKad miliknya.

IKLAN

Kuota minyak subsidi lesap tanpa disedari

Kredit Foto Harian Metro

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata hasil semakan mendapati pengisian minyak subsidi RON95 itu dilakukan di sebuah stesen minyak di Padang Lengkuas, Kupang, Baling.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati sebanyak enam transaksi direkodkan bermula 18 Mac hingga 8 April lalu. Jumlah keseluruhan minyak yang diisi mencecah 309.038 liter dengan anggaran kerugian sebanyak RM1,242.33.

Hasil semakan mendapati terdapat transaksi pengisian minyak subsidi RON95 menggunakan nombor kad pengenalan (MyKad) pengadu di sebuah stesen minyak di Padang Lengkuas, Kupang, Baling.- Katanya.

Polis buru individu tempatan

Kredit Foto Janaan AI

Suspek lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut. Polis bagaimanapun percaya terdapat pembabitan individu tempatan dalam kes ini dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai membabitkan unsur penipuan.

Kes seperti ini sememangnya menimbulkan kebimbangan ramai kerana subsidi RON95 sepatutnya dinikmati rakyat yang benar-benar layak. Kalau sistem disalah guna, memang ramai akan mula persoalkan tahap keselamatan dan pemantauan sedia ada.

Pssttt! Zaman sekarang korang memang kena rajin semak segala transaksi dan kuota yang melibatkan maklumat peribadi sendiri. Kadang-kadang kita rasa benda kecil, tapi bila dah kena salah guna baru sedar betapa pentingnya jaga data peribadi dengan betul.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas