Connect with us

Oh! Media

”Allah Lindungi Kita Dari Manusia Berhawa Nafsu Syaitan” – Fazura Akui Doa Termakbul

Ohmedia fazura

Trending

”Allah Lindungi Kita Dari Manusia Berhawa Nafsu Syaitan” – Fazura Akui Doa Termakbul

Fazura akui terkilan bila kawan hilang saat dia jatuh.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura tampil menjawab persoalan netizen mengenai hubungannya dengan rakan-rakan lama yang dikatakan semakin renggang.

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Fazura menegaskan bahawa dirinya tidak pernah menginginkan perbalahan atau kehilangan kawan.

Tak ada manusia pun dalam dunia ni nak hilang kawan. Saya memang suka suasana beramai-ramai, tengok kawan-kawan berkumpul dan bergelak ketawa.

Fazura doa dilindungi daripada orang berniat jahat

Fazura turut mengakui dirinya bukanlah insan sempurna, namun sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada individu berniat tidak baik.

IKLAN

Saya selalu doa Allah lindungi kita daripada manusia berniat tidak baik, berhawa nafsu syaitan, hasad dengki atau tak ikhlas.

Malah, Fazura percaya bahawa apabila ada individu yang menjauh darinya, itu adalah jawapan kepada doa-doanya.

Kawan kilang saat titik terendah

Fazura

Lebih menyedihkan, Fazura mengakui ada sahabat yang pernah didukung dan disokong sepenuh hati, tetapi hilang saat dia berada di titik terendah hidupnya.

Siapa yang saya sokong, saya selalu ada untuk mereka. Tapi di saat titik terendah saya selama sembilan bulan ini, mereka hilang. Sepatutnya merekalah yang ada, tapi semua lari.

Fazira pilih kecilkan ‘circle’

Fazura

Fazura tidak menafikan pernah melalui episod pengkhianatan dalam persahabatan. Disebabkan itu, dia kini lebih berhati-hati dan memilih untuk kecilkan circle kawan.

Sudah tentu saya sedih dan kecewa tetapi saya percaya itu semua kerana doa-doa saya yang dimakbulkan Allah. Siapa yang ada sekarang, memang susah senang sama-sama.

Pssttt! Tak semua orang yang rapat dengan kita adalah kawan sejati. Hargai mereka yang setia bersama ketika kita susah, kerana di situlah nilai persahabatan sebenar.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas