Connect with us

Oh! Media

SKMM Tahan Individu Menyamar Sebagai Pakar Patologi Bedah Siasat Zara Qairina

Ohmedia mcmc Zara

Oh! Tidak

SKMM Tahan Individu Menyamar Sebagai Pakar Patologi Bedah Siasat Zara Qairina

Individu menyamar sebagai pakar patologi dalam kes Zara Qairina buat live di TikTok.

Kecoh di TikTok apabila seorang individu berlagak sebagai pakar patologi dan mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

BACA: 195 Saksi Dipanggil Prosiding Inkues Kematian Zara Qairina

Individu itu menggunakan akaun “Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar”. Namun, hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati individu terbabit bukan pakar patologi seperti yang didakwa.

IKLAN

Menyamar sebagai pakar patologi kes Zara Qairina

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan perkara ini selepas siasatan dijalankan bersama pihak polis.

Zara Qairina Skmm

Menurut MCMC, suspek telah dikesan berhampiran kawasan Kota Damansara lewat malam tadi hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua individu yang turut bersama dalam sesi siaran langsung akaun berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi tujuan rakaman keterangan dan beberapa peralatan komunikasi turut dirampas untuk analisis siasatan lanjut.

Dilaporkan, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Fake! Netizen tertipu

@politikmalaysiatiktok

Replying to @huzaimiyaakob rakyat Malaysia letak skit kt depan Dato, Prof, Dr, Tunku dh terus percaya. Sekali macam tu je kena bohong. Kita semua simpati pada Allahyarhamah Zara dan keluarga beliau. Tapi biarlah berakal skit. Dalam Islam, kita diajar konsep al-barā’ah al-aṣliyyah (البراءة الأصلية) — hukum asal seseorang adalah bebas daripada pertuduhan sehingga ada bukti yang sah. Allah berfirman juga dalam 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗛𝘂𝗷𝘂𝗿𝗮𝘁, 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝟲 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ “𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻! 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻, 𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗮𝗹𝗶 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻.” @ungku1974 adalah scam #keadilanuntukzara

♬ original sound – POLITIKMALAYSIA – POLITIKMALAYSIA

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Dalam siaran langsung yang dibuatnya di TikTok, suspek yang mendakwa sebagai pakar bedah dikatakan memberi gambaran seolah-olah mangsa terjun sendiri dari bangunan sekolah.

MCMC menegaskan penyebaran maklumat palsu melibatkan kematian atau tragedi adalah kesalahan serius kerana boleh menyinggung keluarga, mengelirukan masyarakat dan mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Pssttt! Jangan sesekali sebar maklumat palsu, apatah lagi melibatkan nyawa insan yang telah pergi. Hormati keluarga dan biarkan pihak berkuasa jalankan tugas mereka.

Kredit: Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas