Connect with us

Oh! Media

PN Tetap Tolak Syarat Kerajaan Tapi Biarkan Syed Saddiq Dengan Caranya

Ohmedia syed saddiq muhyiddin yassin

Oh! Negara

PN Tetap Tolak Syarat Kerajaan Tapi Biarkan Syed Saddiq Dengan Caranya

Perikatan Nasional (PN) nampaknya bertegas untuk tidak tunduk kepada syarat yang ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa syarat tersebut bukan sahaja luar biasa, malah seolah-olah memaksa pembangkang menyerah sepenuhnya kepada kerajaan.

Syarat terlalu ketat dan tidak adil?

Image

Muhyiddin turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap syarat yang dianggapnya terlalu ketat hanya untuk mendapatkan peruntukan sekitar RM200,000 hingga RM300,000.

IKLAN

Katanya, ketika PN memerintah dahulu, peruntukan diberikan tanpa syarat kerana ia bertujuan untuk rakyat, bukan untuk kegunaan peribadi.

Syarat itu agak terlalu luar biasa, ketat, macam kita terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada PH (kerajaan), hanya kerana nak dapatkan RM200,000 atau RM300,000.- Katanya.

Beliau juga mendakwa tindakan kerajaan yang memilih-milih dalam soal peruntukan ini sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap kawasan yang tidak menyokong mereka.

Syed Saddiq bakal terima peruntukan?

Image

Kenyataan Muhyiddin ini susulan daripada pengesahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai status draf perjanjian peruntukan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang kini berada di fasa akhir.

Muhyiddin tidak menghalang keputusan Syed Saddiq untuk menerima peruntukan itu, namun beliau menegaskan bahawa PN kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan.

Biarlah kalau Syed Saddiq terima… PN ada sebab dan asas kenapa tak boleh terima.- Tambah Muhyiddin.

PN sudah cuba berunding?

Image

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dan Ahli Parlimen Pagoh menjelaskan bahawa pihaknya sudah beberapa kali berunding dengan kerajaan mengenai isu peruntukan ini, namun syarat yang dikenakan didakwa bertentangan dengan prinsip PN.

Kalau media baca syarat-syarat itu, semua orang kata ini tak patut, tak munasabah… macam-macam kena sokong itu dan ini.- Katanya lagi.

Ohmedia syed saddiq muhyiddin yassin

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas