Oh! Negara
Syed Saddiq Akui Rasa Bersalah Galak Pengasas Gojek Sertai Politik
Syed Saddiq akui rasa bersalah galak pengasas Gojek, Nadiem Makarim sertai politik hingga kini berdepan tuduhan rasuah.
Syed Saddiq mengakui dirinya berasa sedikit bersalah selepas melihat nasib yang menimpa bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim yang kini berdepan tuduhan rasuah di negara itu.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Ahli Parlimen Muar itu meluahkan rasa sedih apabila melihat pengasas Gojek yang pernah meninggalkan syarikat bernilai berbilion dolar demi berkhidmat kepada rakyat kini terpaksa melalui tekanan undang-undang dan proses mahkamah.
Pengasan Gojek tinggalkan syarikat demi rakyat

Menurut Syed Saddiq, beliau masih ingat pertemuan mereka pada tahun 2019 apabila dirinya mengajak Nadiem mempertimbangkan untuk menyertai dunia politik dan perkhidmatan awam. Ketika itu, beliau percaya ASEAN memerlukan lebih ramai reformis muda yang berani membawa perubahan dalam sistem politik lama.
Saya berasa sedikit bersalah. Kerana saya antara individu yang menggalakkan anda menyertai perkhidmatan awam.- Tulisnya.
Dalam hantaran sama, Syed Saddiq turut mempertahankan Nadiem dan menegaskan bahawa orang baik tidak sepatutnya mengalah dalam dunia politik walaupun terpaksa berdepan pelbagai tuduhan dan tekanan.
Orang baik tidak boleh berputus asa dalam politik. Kerana apabila orang baik berundur, golongan korup akan menang.- Ujarnya lagi.
Nadiem berdepan hukuman penjara

Syed Saddiq yang pernah melalui pengalaman turun naik proses mahkamah berkata beliau memahami kesakitan yang sedang dihadapi sahabatnya itu dan percaya kebenaran akhirnya akan terbukti.
Kebenaran mungkin lambat. Tapi kebenaran tidak mati.- Tegasnya.
Untuk info, Nadiem Makarim kini berdepan hukuman penjara sehingga 18 tahun atas dakwaan rasuah melibatkan perolehan komputer riba Chromebook dan sistem Chrome Device Management di Indonesia.
Pssttt! Kadang-kadang orang yang masuk politik dengan niat nak ubah sistem pun akhirnya terpaksa berdepan macam-macam cabaran. Apa pun, biarlah kebenaran ditentukan dengan adil dan jangan cepat menghukum sebelum semuanya terbukti, korang.
Kredit: Syed Saddiq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM