Oh! Tidak
Kes Pil Kuda Di Kelantan, Pengusaha Salun Dikenali ‘Yuyu’ Bukan Bebas Sepenuhnya
Polis jelaskan Yuyu hanya diikat jamin selepas pertuduhan dipinda.
Nama pengusaha salun dan kedai makan yang dikenali sebagai ‘Yuyu’ kembali menjadi perhatian selepas timbul persoalan mengenai status kes dadah yang dihadapinya.
Semuanya bermula apabila tular video di TikTok mendakwa wanita itu sudah bebas daripada tuduhan memiliki dadah tahun lalu.
Pertuduhan dipinda selepas laporan kimia, bukan bebas sepenuhnya
Terbaru, Sinar Harian melaporkan polis Kelantan menjelaskan bahawa Yuyu sebenarnya hanya dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah sebanyak RM10,000 minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menjelaskan, Yuyu sebelum ini berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap wanita itu kemudian dipinda kepada Seksyen 39A(1) akta sama.
Dia bukan dibebaskan sepenuhnya. Sebelum ini dia dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum pertuduhan dipinda kepada Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya. Perubahan pertuduhan daripada Seksyen 39B kepada Seksyen 39A(1) dibuat berdasarkan hasil laporan kimia serta perbezaan lokasi tangkapan.
Kata polis, selain Yuyu, seorang lagi suspek turut didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Namun begitu, dua suspek lain termasuk suami Yuyu masih berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 39B akta sama.
Terdahulu, Yuyu bersama suami dan tiga lagi ahli keluarga didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis pil kuda.
Pssttt! Dalam kes sebegini, penting untuk kita faham bahawa ikat jamin bukan bermaksud seseorang itu bebas sepenuhnya daripada pertuduhan. Proses undang-undang masih berjalan, jadi elakkan membuat spekulasi melulu dan beri ruang kepada mahkamah menilai kes berdasarkan fakta serta bukti yang dikemukakan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM