Trending
Wanita Dedah Punca Bekas Suami Bagi Nafkah Anak 3 Sen, Rupanya Sebab ‘Koyak’ Disindir
Baru-baru ini, tular kisah seorang wanita yang mendedahkan bekas suaminya hanya memberi nafkah anak sebanyak RM0.03 sen je untuk Disember 2024.
Perkongsian mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam tindakan tidak wajar lelaki tersebut.
BACA: “Dia Cuba Nak Kenakan Saya..” – Bekas Suami Tergamak ‘Bank In’ 3 Sen Untuk Nafkah Anak
Susulan pendedahan, stesen radio Kool FM telah menghubungi wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Katanya, bekas suami memberikan nafkah 3 sen selepas disindir memberikan jumlah nafkah yang tidak logik.

Pada awalnya, bekas suami menghentam dirinya gara-gara menghantar anak ke pengasuh tidak berdaftar. Jawapan balas yang diberikan dirinya membuatkan bekas suaminya rasa tercabar.
Sebenarnya hari tu, saya punya tahap kesabaran dah hilang. Saya dah penat terima hinaan, penat terima cacian. Dia complaint saya hantar anak dekat pengasuh tak berdaftar tapi disebabkan amount yang dia bagi pun sangat sikit untuk bulanan. Jadi saya cakaplah dengan dia, awak ni complaint macam bagi RM3,000 sebulan tapi awak bagi 3 sen je.
Sindiran itu membuatkan bekas suaminya ‘panas’ dan bertindak balas dengan benar-benar memberikan nafkah sebanyak 3 sen untuk anak mereka.
Jelas wanita ini lagi, dia sebenarnya berseloroh kerana sudah hilang sabar tetapi tidak sangka bekas suami benar-benar ‘bank in’ 3 sen.
Video penuh:
#OhmediaNasihat
Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak, terutamanya ibu bapa yang telah berpisah. Nafkah anak adalah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang enteng. Jangan sesekali menjadikan anak mangsa ego dan dendam kerana akhirnya ia akan memberi kesan negatif kepada anak itu sendiri. Ingatlah, nafkah bukan sekadar kewajipan tetapi tanda kasih sayang kepada anak.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: @kool101my
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM