Oh! Tidak
“Dia Cuba Nak Kenakan Saya..” – Bekas Suami Tergamak ‘Bank In’ 3 Sen Untuk Nafkah Anak
Seorang wanita mencuri perhatian netizen di TikTok apabila berkongsi situasi yang agak mengejutkan di mana nafkah anaknya untuk bulan Disember 2024 hanya berjumlah RM0.03.
Ya, tiga sen je! Meskipun begitu, ibu ini kekal tenang dan fokus menguruskan anaknya, menunjukkan bahawa dia takkan biarkan perkara ini merosakkan semangatnya.
“Cubaan nak sakitkan saya dah tak berkesan” – Bekas isteri
Dalam video tersebut, ibu ini dilihat sedang mengikat rambut anaknya sambil meluahkan rasa hati. Katanya, percubaan bekas suami untuk ‘mengenakan’ dirinya sudah tak berkesan lagi.
Wanita ini percaya kepada dua perkara iaitu rezeki Allah SWT itu luas dan Allah SWT akan memakbulkan doa orang-orang dizalimi.
Sikap positif yang ditonjolkan oleh ibu ini menjadi bukti bahawa dia lebih memilih untuk fokus kepada kebahagiaan anaknya berbanding memikirkan perkara remeh.
Netizen ceramah soal nafkah

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, kebanyakannya memuji kekuatan ibu ini. Ada juga yang meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang seolah-olah tidak bertanggungjawab dalam soal nafkah anak.
#OhmediaNasihat
Apabila pasangan berpisah, sering kali anak-anak menjadi mangsa keadaan. Memang tak patut! Sebaiknya mereka bekerjasama untuk membesarkan anak-anak yang semestinya memerlukan kos yang tinggi. Semoga pasangan dalam kes ini dapat merendahkan ego dan berbincang demi kebaikan masing-masing.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @cheeksiti