Connect with us

Oh! Media

Niat Cipta Rekod ‘Kuih Talam Durian 1KM’ Terbatal, Pengunjung Indonesia ‘Serang’ Kuih Disusun Atas Meja

Ohmedia indonesia 1

Oh! Tidak

Niat Cipta Rekod ‘Kuih Talam Durian 1KM’ Terbatal, Pengunjung Indonesia ‘Serang’ Kuih Disusun Atas Meja

Kuih talam durian satu kilometer di Pekanbaru diserbu orang ramai sebelum sempat disusun untuk festival.

Hasrat menganjurkan Festival Kuih Talam Durian sepanjang satu kilometer di Pekanbaru, Indonesia bertukar kecoh apabila sebahagian kuih berkenaan didakwa diambil orang ramai sebelum sempat disusun untuk dipamerkan.

Menerusi video yang tular di media sosial, orang ramai dilihat memenuhi kawasan acara dan menghampiri kenderaan yang membawa bekalan kuih talam durian berkenaan.

Petugas didakwa tidak mampu kawal keadaan

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Jalan Jeneral Sudirman, Pekanbaru pada Ahad sempena penganjuran festival bagi meraikan ulang tahun Kota Pekanbaru.

IKLAN

Dalam rakaman yang dikongsikan, sejumlah pengunjung dilihat mengambil bungkusan kuih yang masih berada di dalam kenderaan.

Suasana di lokasi turut kelihatan sesak apabila ramai pengunjung mengerumuni kawasan berkenaan dalam masa yang sama.

Malah, kedengaran suara dari dalam kenderaan yang mendakwa petugas berdepan kesukaran untuk mengawal orang ramai yang berebut mendapatkan kuih tersebut.

Kuih sepatutnya disusun sepanjang 1KM

Difahamkan, kuih talam durian itu sepatutnya disusun sepanjang satu kilometer sebagai salah satu tarikan utama festival berkenaan.

Rakaman lain turut memperlihatkan beberapa petugas cuba menyusun bungkusan kuih di atas meja panjang ketika orang ramai sudah mula memenuhi ruang sekeliling.

Pssttt! Teruja untuk mendapatkan makanan percuma bukan alasan untuk mengetepikan aturan dan arahan petugas. Sikap sabar serta bertimbang rasa sangat penting supaya acara yang dirancang dengan baik tidak bertukar menjadi keadaan yang sukar dikawal.

Kredit: Instagram disrupsi_
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas