Connect with us

Oh! Media

“Vokal Adalah Bonus” – AC Mizal Jelaskan Sebab Anggrek Dan Adira Dipilih Juara TTMM2

Ohmedia adira Anggrek

Oh! Artis

“Vokal Adalah Bonus” – AC Mizal Jelaskan Sebab Anggrek Dan Adira Dipilih Juara TTMM2

AC Mizal menjawab persoalan netizen mengenai aspek vokal Anggrek yang diangkat juara TTMM2.

Keputusan menobatkan Anggrek dan Adira Suhaimi sebagai juara Grand Finale Talk To My Manager musim kedua mencetuskan persoalan dalam kalangan penonton, terutama apabila beberapa finalis lain turut tampil dengan kemampuan vokal yang kuat.

Menjawab perkara itu, juri tetap TTMM2, Datuk AC Mizal menjelaskan bahawa pertandingan tersebut tidak dinilai berdasarkan nyanyian semata-mata. Sebaliknya, keseluruhan persembahan di atas pentas menjadi ukuran utama barisan juri.

Persembahan jadi keutamaan dalam TTMM2

Anggrek
Kredit foto Instagram aisharetno

Memetik laporan Media Hiburan AC berkata, setiap juri mempunyai pandangan dan cara penilaian tersendiri, termasuk juri jemputan yang terlibat pada malam kemuncak.

IKLAN

Namun begitu, perbezaan pendapat tersebut tidak mengubah format asal pertandingan yang memberi penekanan kepada persembahan secara keseluruhan.

Segalanya bergantung kepada persembahan manakala aspek vokal pula adalah bonus. Bagaimana kami menilai persembahan, segalanya melalui apa yang ditunjukkan ketika di atas pentas.

Ujar beliau lagi, walaupun semua finalis berjaya memberikan persembahan terbaik, Anggrek dilihat mempunyai kelebihan dari sudut persediaan pentas yang lebih teratur.

AC menjelaskan, persembahan Anggrek bukan sahaja bergantung kepada nyanyian, malah turut melibatkan susunan koreografi, pergerakan di pentas dan penggunaan pencahayaan yang tepat.

Persembahan Cik B memang bagus. Berbeza pula dengan Anggrek, persembahannya memerlukan persediaan yang tertib dari segi koreografi, ‘blocking’ dan pencahayaan. Apa yang buatkan persembahan Anggrek dahsyat, di mana lampu bergerak, di situ dia berada. Dari segi ‘hype’, Cik B memang punyai kelebihan.

Juri juga sebenarnya keliru nak tentukan pemenang kerana semuanya memberikan persembahan yang hebat.

Namun, mereka melihat Anggrek membuat persediaan rapi berbanding yang lain.

Dalam masa sama, AC mengakui terkilan apabila terdapat peserta yang memiliki vokal kuat tetapi tidak berjaya menterjemahkan kelebihan itu kepada persembahan yang benar-benar memberi impak.

Baginya, seorang pengurus juga memainkan peranan penting dalam memastikan kelebihan artis ditonjolkan, manakala kelemahan mereka dapat ditutup dengan strategi persembahan yang baik.

AC turut bersetuju bahawa pemilihan lagu boleh mempengaruhi markah peserta, terutama apabila sesebuah lagu mengehadkan ruang untuk mereka menghasilkan persembahan yang lebih bertenaga.

Menurutnya, lagu balada masih boleh memberikan kesan kepada penonton, namun ia memerlukan perancangan yang lebih kreatif supaya tidak bergantung kepada vokal sahaja.

Pssttt! Tahniah Adira dan Anggrek! Memang persembahan Anggrek hebat setiap minggu dan layak juara. Kecil-kecil cili padi!

Kredit: Media Hiburan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas