Trending
Pelajar Hilang Dalam Hutan 5 Bulan Lalu Telah Ditemui, Hanya Tinggal Rangka Sahaja
Pada bulan Mei yang lalu, Fakulti Perhutanan Universiti Lambung Managkurat, Indonesia telah kehilangan seorang pelajar, Aditya Dharma Santoso yang berusia 21 tahun.
Kehilangan Aditya telah menjadi misteri sejak 2 Mei yang lalu selepas dia memasuki hutan di Kampung Sei Ahas, Kalimantan, Indonesia untuk melaksanakan tugasan geotagging bersama 15 orang rakannya.
Ketika kejadian, Aditya dan rakan-rakannya mula berpecah dan berjanji untuk berkumpul di lokasi yang ditetapkan pada jam 4.00 petang. Namun, pada ketika itu Aditya tidak munculkan diri.
Selepas perkara tersebut dilaporkan pada pihak polis, mereka telah membuat pencarian selama 10 hari di kawasan hutan tersebut. Namun mereka tidak menemukan sebarang petunjuk.
Susulan itu, operasi pencarian telah dihentikan dan akan disambung jika mendapat maklumat.
Baru-baru ini, penemuan satu rangka manusia di kawasan hutan tersebut telah ditemui. Berdasarkan pakaian yang ada pada rangka itu ianya sama dengan pakaian terakhir Aditya pada hari kehilangannya.
Polis kemudiannya melakukan ujian DNA ke atas rangka tersebut. Keluarga Aditya juga telah hadir untuk membuat proses pengecaman.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Bangkapos.com
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM