Seorang bekas pegawai kanan polis meluahkan rasa ralat apabila pegawai penyiasat seakan tidak mahu memberikan kerjasama berkenaan isu barang kemas yang dipakai anaknya hilang.
Memetik laporan Harian Metro, Syazwan Abddulah berkata, anak perempuannya ditemukan meninggal dunia di dalam kereta dipercayai akibat serangan jantung pada 1 Oktober lalu.
Kredit foto Harian Metro Nurul Hidayah Bahaudin
Mayat ditemukan oleh anggota polis peronda bertugas selepas menyedari terdapat kereta Proton Saga di kawasan parkir sebuah kondominium di Setapak dalam keadaan berkunci dan enjin masih hidup serta lampu menyala.
IKLAN
Ibu bapa yang berada di Lahad Datu, Sabah terus terbang ke Kuala Lumpur selepas dimaklumkan oleh pemilik rumah sewa mengenai kejadian menimpa anaknya.
Mayat anaknya pula dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk prosedur lanjut dan keluarga mengebumikan jenazah di Banting, Selangor.
Selepas urusan pengebumian selesai, bapa terdetik untuk mencari rantai, loket serta gelang emas pemberian nenek serta kakaknya itu.
Bapa dimaklumkan oleh pihak hospital dan polis bahawa anak tidak memakai barang kemas ketika ditemukan di dalam kenderaan itu.
Ini bukan soal nilai barang kemas yang hilang itu, tetapi maruah anak saya apabila barang berharga itu diambil dari tubuhnya yang sudah tidak bernyawa.
Mereka sekeluarga kemudian membuat pencarian di rumah sewa namun tidak menemukan barang kemas itu menyebabkan bapa merujuk kepada pasukan bomba yang memecahkan cermin kenderaan.
Pada hari kejadian, bomba ada mengambil gambar sebelum dan selepas mereka memecahkan cermin kereta itu memandangkan kenderaan berkenaan berkunci. Sangat jelas dalam gambar itu (daripada pihak bomba) anak saya masih memakai barang kemas berkenaan, tetapi dalam gambar diberikan polis pula sudah tiada rantai serta gelang emas terbabit.
Ketika polis menemukan kereta itu, ia dalam keadaan berkunci dengan enjin masih hidup. Tiada siapa yang dapat mengambil barang kemas berkenaan ketika itu. Perkara itu menyebabkan saya syak barang kemas berkenaan diambil ketika jenazah anak saya masih di dalam kereta terbabit (sebelum dihantar ke HKL).
Laporan polis mengenai kejadian ini sudah dibuat pada 8 Oktober lalu dan bapa sudah menghubungi pegawai penyiasat kes namun bapa mendakwa tiada maklum balas diterima.
Bapa juga sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
Apa yang saya kecewa adalah siasatan ini hanya dibuka kertas inkuiri (KEP) dan bukannya kertas siasatan.
Menurut bapa, pihaknya sudah reda apabila anak meninggal dunia tanpa sebarang unsur jenayah. Namun, dia mahu menuntut keadilan apabila ada barang kemas yang dipercayai hilang.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM