Trending
“Taknak Saya Dapat Isteri Dah Rosak”, Wanita Luah Dimaki Suami Sebab Bersalin Czer
Kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa kesal dengan suaminya selepas dia melahirkan anak secara pembedahan caesarean (czer) telah mengundang perhatian ramai. Dah kenapa?
Menerusi satu perkongsian di X @yasminfarhaa, ramai juga yang menganggap perbuatan suami wanita itu ‘dayus’ kerana tidak menghargai pengorbanan isterinya yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka bersama.
Bukan tu jer, ketika menjalani pembedahan czer itu, suaminya juga tidak berada disisi. Sampainya hati dia!
Keluar dari operation room dalam keadaan bius lagi, tanya misi nak phone dulu, buka chat kena maki sebab emergency czer?
Hari sama juga i pujuk dia elok-elok spam chat semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk operation room sendiri tanpa kehadiran dia.
Semua ini dah berlalu namun masih sakit, dia boleh cakap saya dengan family tak bagi dia hak jaga while dia tak ada pun disamping saya. Asyik judge saya sebagai ibu kepada seorang anak.
Terdapat juga perbualan di WhatsApp antara wanita itu bersama suaminya didedahkan.

Allah! Kesian betul tengok perbualan mereka. Nampak sangat macam suami dia nak taknak layan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X @yasminfarhaa
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM