Connect with us

Oh! Media

“Saya Teringin Nak Buat Intimate Wedding” – Bakal Pengantin Stress Suruh Buat Loan Untuk Majlis Kahwin

Bakal Pengantin Stress

Oh! Tidak

“Saya Teringin Nak Buat Intimate Wedding” – Bakal Pengantin Stress Suruh Buat Loan Untuk Majlis Kahwin

Ibu bapa mestilah nak yang terbaik untuk majlis kahwin anaknya tapi kena ingat perlu ukur baju di badan sendiri. Jangan sebab nak nampak gah di mata tetamu, pengantin yang menanggung beban.

BACA: “Dia Kata Kosong Dan Masih Available”- Pengantin Cerita Pengalaman Di ‘Scam’ MUA Sebelum Hari Perkahwinan

Menerusi satu luahan di laman X, seorang wanita berkongsi masalah yang dihadapi disebabkan desakan keluarga dalam merancang majlis kahwinnya.

IKLAN

Katanya keluarga mahukan majlis besar-besaran sampai suruh buat pinjaman untuk ambil wedding planner yang berharga RM20,000.

Saya teringin nak buat intimate wedding. Saya tak ramai kawan, saya rasa buat kecil je dah memadai daripada saya habiskan berbelas ribu untuk kenduri.

Kalau saya ambil macam tu bayar one shot, sumpah saya cakap lepas kahwin kami dah kehabisan duit terus.

https://twitter.com/pelisahh/status/1793782447349637374

Wanita itu juga menyatakan dia dan pasangan baru memulakan kerja dan jika turuti permintaan keluarga dia perlu menanggung beban hutang pula.

Lebih membuat wanita itu tertekan apabila keluarganya tak ada usaha nak ringankan beban dengan menghulur bantuan.

Sampai terfikir untuk mengakhiri hayat

Dia juga sampai pernah terfikir untuk kahwin lari bersama pasangan kerana serabut dengan keluarganya.

Saya ni sudahlah ada mental health problem, rasa nak mati juga kekadang.

Menjengah ruangan komen, netizen bersimpati dengan nasib wanita itu dan menasihatkan supaya tidak turuti permintaan keluarga.

Kalau keluarga bertegas nak 1,000 pax, mintak duit 100% dari diorang senyap. Terus boleh buat 100 pax in peace.

Takkan dorang suruh ajak 1,000 pax tapi dengan air liur je? Disscuss jelah bajet berapa, 100 pax, kalau dorang nak ajak 1,000 pax, lagi 900 pax tu mintaklah dorang tanggung. Lagipun dorang yang nak kan.

Komen kahwin

Tak perlulah nak buat majlis besar-besaran kalau bajet tak cukup sampai nak buat pinjaman. Lagi penting fikir hal kewangan lepas kahwin. Semoga majlis akak ni berjalan dengan lancar.

Kredit: X @pelisahh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas