Connect with us

Oh! Media

“Dia Kata Kosong Dan Masih Available”- Pengantin Cerita Pengalaman Di ‘Scam’ MUA Sebelum Hari Perkahwinan

Pengantin Discam

Oh! Tidak

“Dia Kata Kosong Dan Masih Available”- Pengantin Cerita Pengalaman Di ‘Scam’ MUA Sebelum Hari Perkahwinan

Pastinya kalau hari bahagia, kita nak hasil yang terbaik kan? Tular di TikTok seorang wanita mencerita pengalaman pahitnya ditipu oleh MUA sehari sebelum perkahwinannya.

BACA: Pengantin Malu Lauk Dan Goodies Tak Cukup, Rupa-Rupanya Saudara Memandai Jemput Jiran

Menerusi video yang tular itu, pengantin wanita yang dikenali sebagai Mary berkata dia terpaksa disolek pada pukul 10 malam sebelum majlis kerana make-up artist (MUA) yang dipilih bersikap tidak jujur.

IKLAN

Katanya, dia dimaklumkan untuk datang ke salon tersebut lebih awal dari yang dijangkakan dan menganggap akan diberikan layan istimewa.

Masa aku tanya tarikh wedding, dia kata kosong dan masih available.

Mary menjelaskan dia juga tidak sempat untuk mencari pengganti MUA kerana majlisnya mula pada 6 pagi esoknya.

Lagi yang menaikkan kemarahan, dia juga berkata telah membayar deposit sebanyak RM500+ kerana tak mahu diambil oleh orang lain.

Tambahnya, Mary rasa tertipu kerana menyangka hanya dia seorang akan disiapkan pada hari tersebut namun sangkaannya meleset kerana mengatakan MUA tersebut mempunyai 3 pengantin yang lain.

@pengenbalikmedan

MUA wedding pegang 3 bride dalam sehari tuh wajar ga sih? Sampe salah satu bride disuruh dateng ke salon H-1 jam 10 malam. Dan bride ga dikasi tau dari awal😭😭😭

♬ original sound – anothersideofmary – mary&kay

Jam 3 pagi siap hairdo, tak mungkin boleh tidur sebab nanti rambut rosak.

Dia juga menyatakan walaupun hasil solekan cantik, dia masih kesal kerana tak cukup tidur dan kepenatan sebelum majlis bermula.

Kesian pengantin sampai tak cukup tidur, MUA sepatutnya bagilah tahu perkara sebenar supaya pengantin dapat cari jalan penyelesaian. Apa-apa pun nasib baiklah pengantin tu boleh habiskan majlis dengan lancar.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas