Connect with us

Oh! Media

Hariz Hamdan Ikut Arahan Pengarah, Buat Babak Seakan Bercium Hidupkan Watak ‘Playboy’

Hariz Hamdan

Oh! Artis

Hariz Hamdan Ikut Arahan Pengarah, Buat Babak Seakan Bercium Hidupkan Watak ‘Playboy’

Drama terbaru lakonan Hariz Hamdan, Bunga Salju nampaknya akan mengundang kontroversi apabila memaparkan babak seakan-akan sedang bercium.

BACA: Tular Foto Anna Jobling Dicium Artis Lelaki Ini?

Memetik laporan Gempak, Hariz bagaimanapun terbuka untuk melakonkan babak sebegitu jika ianya dapat menguatkan lagi karakter yang dibawanya sebagai seorang ‘playboy’.

IKLAN
Hariz

Katanya lagi, sebagai seorang pelakon dia hanya mendengar arahan pengarah dan menerima idea yang diberikan pengarah.

Hariz

Tambahan pula, pengarah juga ada menerima idea yang diberikan Hariz untuk menjayakan sesuatu watak.

Saya okay saja untuk buat babak begitu, tapi asalkan babak itu dapat menguatkan lagi karakter saya. Bagi saya, apa yang saya buat, saya hanya seorang pelakon.

Bagi saya, babak sebegitu di dalam drama Bunga Salju, watak sebagai Farouq seorang playboy, dengan babak itu dapat menguatkan lagi karakter Farouq supaya orang tengok.

Jelas Hariz lagi, dia okey sahaja untuk melakonkan babak sebegitu untuk menunjukkan kepada penonton karakter seorang playboy yang sebenar.

Hh

Malah, Hariz bersedia untuk menerima kritikan daripada penonton kerana di dalam drama itu dia juga perlu menayangkan badan.

Pelakon ini berkata, dia terbuka untuk membuka baju asalkan babak sesuai dengan keadaan dan situasi. Namun, ianya hanya akan dilakukan selepas berbincang dengan pengarah. Bukannya menonong je nak buka baju.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas