Oh! Artis
Ruhainies Kembali Jadi Sasaran Selepas Pendedahan Wanita Ini
Sejak terpalit dengan isu panas ni, kalau perasan Ruhainies selalu buat posting Islamik dekat media sosisalnya. Baguslah kalau niat di hati ingin berubah tapi lain pula yang netizen nampak.
BACA: Wanita Mengaku Skandal Aliff Aziz Dakwa Ruhainies Buat ‘Plan’ Jahat Nak Jatuhkan Bella
Lagi-lagi bila seorang wanita dikenali sebagai Suraya Yasmine mengaku kekasih gelap Aliff Aziz sejak Januari 2024. Tak cukup dengan itu, Suraya turut mendakwa Ruhainies telah merancang untuk membolak-balikkan rumah tangga Aliff dengan Bella Astillah.
Ruhainies yang kini sering berkongsi gambar pengalamannya berada di kota suci Makkah bagaimanapun kembali menjadi sasaran netizen. Rata-rata netizen berharap sangat pihak televisyen meletakkan nama dua selebriti ini dalam senarai hitam supaya tidak dapat berlakon lagi.
Ada juga yang meminta agar Ruhainies tidak menunjuk baik di media sosial dan perlu memberikan kenyataan penuh jika benar-benar tidak salah.

Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM