Trending
“Bodoh Level Apa Ni?” – Netizen Kecam Podcast Malaysia Jemput ‘Hot Daddy’ Jadi Tetamu
Baru-baru ini, tular di media sosial kes melibatkan seorang gigolo tempatan yang ditahan polis didakwa mengiklankan aktiviti persundalan di aplikasi X.
BACA: Rakam Dan Jual Video Luc*h Dengan Lebih 20 Wanita, ‘Gigolo’ Tempatan Ditahan Di Janda Baik
Lelaki berkenaan ditahan bersama dua teman wanitanya dan dituduh merakam video lucah dengan lebih 20 wanita yang lain.
Terbaru, orang ramai mengecam tindakan segelintir pihak yang menampilkan lelaki tersebut di segmen podcast mereka.
Idek what level of stupidity dah ni. Serius lah jemput daddy ni. Punya ramai contoh yang better. yang mengalakkan zina juga dia nak jemput: pic.twitter.com/yGoryQdofd
— Kyy (@kyrahalya) February 3, 2024
Netizen menganggap tindakan menjemput ‘Hot Daddy’ atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli seperti mempromosikan aktiviti zina.

Mereka bimbang budak-budak remaja akan menganggap perkara itu normal dan ‘layak’ diterima masyarakat.




Di ruangan komen, netizen menasihati podcast Malaysia supaya menampilkan individu yang boleh dijadikan contoh.
Di TikTok, ‘hot daddy’ nampaknya menerima banyak komen positif dan kata-kata semangat daripada orang ramai yang memberinya peluang kedua. Apa pendapat korang pula?

Kredit: X kyrahalya
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM