Trending
Pemancing Menang RM1 Juta Berjaya Naikkan Ikan Keli 9.5kg
Pertandingan disertai 15,000 pemancing dari seluruh negara.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah yang boleh dikatakan apabila seorang pemancing dari Terengganu menang RM1 juta dalam satu pertandingan memancing di Kedah.
Memetik laporan Harian Metro, Mohamad Azhar Hamzah berjaya menaikkan ikan keli seberat 9.5 kilogram, sekali gus menewaskan kira-kira 15,000 peserta lain dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan disertai 15,000 pemancing
Manakala, naib juara juga dimenangi oleh peserta dari Terengganu yang berjaya membawa pulang RM100,000 selepas menaikkan ikan seberat sekitar 8.5 kilogram.
Kedudukan ketiga pula menjadi milik peserta dari Selangor yang membawa pulang RM50,000 selepas berjaya memperoleh tangkapan sekitar lapan kilogram.

Untuk mengambil bahagian, setiap individu perlu membuat bayaran penyertaan sebanyak RM220.
Menariknya, bukan hanya pemenang utama menerima ganjaran, malah hadiah saguhati turut ditawarkan kepada ratusan peserta lain dengan nilai RM500 dan RM440 sehingga kedudukan ke-700.
Pssttt! Kadang-kadang rezeki datang dari perkara yang kita anggap sekadar hobi. Tapi dalam apa jua keadaan, usaha dan kesabaran tetap memainkan peranan besar sebelum tuah berpihak kepada kita.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM