Connect with us

Oh! Media

Rakam Dan Jual Video Luc*h Dengan Lebih 20 Wanita, ‘Gigolo’ Tempatan Ditahan Di Janda Baik

video

Oh! Tidak

Rakam Dan Jual Video Luc*h Dengan Lebih 20 Wanita, ‘Gigolo’ Tempatan Ditahan Di Janda Baik

Seorang lelaki warga tempatan dan dua teman wanitanya ditahan untuk membantu siasatan kes jenayah seksual mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan.

ADVERTISEMENT

BACA: Viral Screenshot Dakwa Berlaku Aktiviti Penggambaran Video Lucah Di Sabah?

Lapor Buletin TV3, jenayah seksual ‘gigolo’ tempatan ini merupakan yang pertama berlaku di Malaysia. Suspek disyaki merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucahnya bersama lebih 20 wanita, termasuk mereka yang mengupahnya untuk seks.

Gigolo tempatan kecundang

gigolo tempatan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, video yang dijual atas talian dilanggan lebih 2,600 lelaki gersang dan wanita kesunyian.

Lebih mengejutkan, semua pelanggan memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.

Rakam dan jual aksi lucah dengan 20 wanita

video lucah tempatan

Pelanggan akan dikenakan yuran antara RM20 dan RM100 sebulan untuk mendapatkan pautan akses ke video lucah yang dijual suspek sejak Julai tahun lalu.

gigolo

Hasil siasatan, suspek berusia 31 tahun pernah dua kali berkahwin dan bercerai. Dia pada awalnya menjual dan mempromosi ubat kuat seks dari China di media sosial awal tahun lalu.

Namun untuk mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video lucah bersama teman wanitanya sebelum menjual klip video adegan berkenaan dalam tiga saluran media sosial sejak Julai tahun lalu.

Tidak hanya teman wanitanya, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo (diupah untuk khidmat seks).

Siasatan mendapati beliau merakam aksi seksnya meniduri sekumpulan wanita yang dikenalinya menerusi media sosial untuk dijual.

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata lagi, ‘gigolo’ berkenaan dikesan melalui maklumat dan hasil risikan JSJ Bukit Aman dan berjaya ditangkap ketika berada di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang. Bapa suspek antara yang turut menginap rumah itu.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas