Connect with us

Oh! Media

Cium Hajarul Aswad, Solat Dalam Hijir Ismail Bakal Dibenarkan Semula

Hijrismailhajraswah 1

Oh! Islam

Cium Hajarul Aswad, Solat Dalam Hijir Ismail Bakal Dibenarkan Semula

Seperti yang kita tahu, pandemik Covid-19 yang bermula pada awal tahun 2020 telah menyebabkan pelbagai perkara yang biasa dilakukan setiap hari terjejas demi mengelakkan virus Covid-19 daripada terus merebak.

BACA: Kerajaan Arab Saudi Umum Peraturan Baru Ibadah Haji

Bahkan, penularan virus Covid-19 telah menyebabkan perbuatan sunat seperti mencium Hajarul Aswad dan solat dalam Hijir Ismail ditangguhkan sejak Julai 2020.

IKLAN

Arab Saudi rancang benarkan semula cium Hajarul Aswad dan solat dalam Hijir Ismail

Menurut Kosmo, Arab Saudi dalam perancangan untuk membenarkan semu­la ibadat solat di kawasan Hijir Ismail dan mencium Hajarul Aswad masa terdekat.

Jawatankuasa Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci bakal bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji dan umrah bagi melakukan perbuatan sunat itu dengan tenang dan selesa.

16689239

Untuk info, Hajarul Aswad terletak di penjuru selatan Kaabah merupakan batu suci dari syurga yang menjadi titik permulaan dan pengakhiran bagi ibadah tawaf.

Shutterstock 707254264

Manakala Hijir Ismail adalah kawasan berbentuk bulan sabit bersebelahan dengan Kaabah yang merupakan tempat perlindungan dibina Nabi Ibrahim A.S untuk anak dan isterinya, Nabi Ismail A.S dan Siti Hajar.

Kawasan Hijir Ismail merupakan kawasan yang sentiasa menjadi rebutan para jemaah haji mahupun umrah kerana adalah disunatkan untuk melakukan ibadah solat di dalam kawasan tersebut.

Pada tahun lalu, pengumuman dibuat Kementerian Haji dan Umrah mengenai tempahan janji temu bagi slot mencium Hajar Aswad dan menunaikan solat di Hijir Ismail ditarik balik tidak lama kemudian ekoran daripada situasi pandemik yang belum stabil ketika itu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas