Connect with us

Oh! Media

Bayi Perempuan Didakwa Tertukar Dengan Bayi Lelaki, Bapa Hairan Dua Bayi Pakai Tag Nama Isteri

Ohmedia baby

Oh! Tidak

Bayi Perempuan Didakwa Tertukar Dengan Bayi Lelaki, Bapa Hairan Dua Bayi Pakai Tag Nama Isteri

Bapa tampil buat laporan polis selepas gagal mendapatkan penjelasan pihak hospital.

Satu kes tertukar bayi dilaporkan berlaku di sebuah hospital di ibu negara baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, seorang bapa muda, Muhammad Harraz Haziq tampil membuat laporan polis selepas gagal mendapatkan penjelasan pihak hospital.

Menceritakan kronologi yang berlaku, Muhammad Harraz berkata, dia sangat kecewa selepas bayi perempuan yang baru dilahirkan isterinya didakwa tertukar dengan bayi lelaki.

IKLAN

Isteri terkejut bayi dalam inkubator rupanya bayi lelaki

Bapa
Kredit Berita Harian

Menurut Muhammad Harraz, isterinya selamat melahirkan bayi perempuan mereka pada 7 April lalu sebelum bayi berkenaan dihantar ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Pada awalnya, bayi itu dijangka dibenarkan pulang ke rumah pada 8 April. Namun, disebabkan mengalami jaundis atau demam kuning, bayi mereka terpaksa ditahan di wad untuk pemantauan lanjut.

Situasi mula menjadi cemas apabila jururawat datang mengambil bayi mereka pada malam 8 April bagi tujuan ujian darah.

Kira-kira jam 5 pagi esoknya, jururawat memulangkan semula bayi dan meletakkannya di dalam inkubator. Pada jam 6 pagi, isteri saya mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bayi yang diserahkan itu adalah bayi lelaki, bukannya anak perempuan kami.

Apa yang lebih mengejutkan, Muhammad Harraz mendakwa kedua-dua bayi yang tertukar itu memakai tanda nama atau tagging milik isterinya.

Bayi lelaki ohmedia
Sekadar gambar hiasan

Katanya, ketika perkara tersebut dibangkitkan kepada jururawat bertugas, pihak wad seolah-olah meragui dakwaannya dan mempertikaikan jantina sebenar bayi mereka.

Mereka menyoal saya kembali, adakah betul anak saya ini perempuan? Nasib baik saya bertindak awal dengan mengambil gambar borang pengesahan kelahiran anak ketika isteri baru lepas bersalin sebagai bukti.

Katanya, anak perempuan mereka akhirnya ditemui pada hari yang sama iaitu 9 April. Namun, dia hairan bagaimana kedua-dua bayi memakai tanda nama isterinya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Muhammad Harraz cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pasukan perubatan yang terlibat.

Bagaimanapun, dia mendakwa usaha itu tidak berhasil apabila pihak terbabit seolah-olah cuba mengelak, termasuk doktor yang bertanggungjawab yang gagal dihubungi bagi mendapatkan pencerahan.

Pssttt! Harapnya pihak hospital dapat memberi penjelasan yang telus dan menjalankan siasatan menyeluruh kerana isu melibatkan keselamatan bayi bukan perkara kecil. Dalam hal sebegini, SOP perlu benar-benar dipatuhi supaya insiden sama tidak berulang kepada keluarga lain.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas