Trending
Kes Tikam Di Alor Setar: Suspek Ditahan Selepas 5 Jam, Direman 7 Hari Bantu Siasatan
Lelaki direman bantu siasatan kes tikam wanita di Alor Setar selepas ditahan polis lima jam kemudian.
Seorang lelaki berusia 32 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita cedera ditikam di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas malam tadi.
Memetik laporan Harian Metro, suspek berjaya ditahan polis kira-kira lima jam selepas kejadian di kawasan masjid di Taman Uda, Lebuhraya Sultanah Bahiyah pada jam 1.50 pagi tadi.
Ditahan awal pagi di kawasan masjid

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian jam 9.19 malam, suspek telah melarikan diri menaiki kereta jenis Mazda 3.
Jelasnya lagi, hasil siasatan awal mendapati kenderaan adalah milik mangsa dan semasa kejadian dia berada di bahagian pemandu.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kanan leher sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Dalam masa sama, pihak polis masih mengesan senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Pssttt! Semoga mangsa segera pulih dan siasatan pihak polis dapat dijalankan dengan teliti. Apa pun punca kejadian, keganasan bukan jalan penyelesaian.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM