Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Arab Saudi Umum Peraturan Baru Ibadah Haji

Umum

Kerajaan Arab Saudi Umum Peraturan Baru Ibadah Haji

Memandangkan tidak lama lagi akan menjelang musim haji, kerajaan Arab Saudi mengumumkan peraturan baru ibadah berkenaan di mana ibadah haji akan diadakan secara terhad kerana kebimbangan berlaku kluster terbesar COVID-19 apabila ramai jemaah bersesak-sesak ketika menunaikan ibadah berkenaan.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun kerajaan Arab Saudi belum memutuskan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan Rukun Islam kelima berkenaan. Untuk rekod, sebanyak 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia mengerjakan ibadah haji berkenaan tahun lepas. Jelas ini berita yang tidak menggembirakan kepada jutaan bakal jemaah di seluruh dunia yang setelah lama menabung serta menunggu giliran untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.

Sumber gambar dari Foreign Affairs

Timbul persoalan berapa banyak kuota yang perlu diberikan kepada rakyat Arab Saudi dan bukan Arab Saudi. Untuk info, selain Malaysia, Indonesia yang mempunyai populasi penduduk Islam terbesar juga bertindak menangguhkan ibadah haji. Senegal dan Singapura turut melakukan hal yang sama.

OHMEDIA: PENANGGUHAN YANG DILAKUKAN BEBERAPA NEGARA DIHARAP DAPAT DAPAT MEMUDAHKAN JEMAAH HAJI NEGARA LIN MENUNAIKAN IBADAH HAJI.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kerajaan Arab Saudi umum peraturan baru ibadah haji di Facebook Oh!Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas