Connect with us

Oh! Media

“Open House” : Batalkan Puasa Atau Hormati Tuan Rumah?

Untitled 1png

Umum

“Open House” : Batalkan Puasa Atau Hormati Tuan Rumah?

Majlis rumah terbuka seakan menjadi tradisi masyarakat hari ini setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Pada masa yang sama, kita juga mahu merebut peluang untuk menyempurnakan puasa sunat Syawal selama enam hari.
Bagaimana jika terima undangan ke majlis rumah terbuka seorang kenalan tetapi dalam kita berpuasa sunat? Adakah perlu untuk kita membatalkan puasa itu demi menghormati tuan rumah? Yang mana lagi afdal?

IKLAN

Menjawab persoalan itu, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jika seorang daripada kalian dijemput untuk makan sedangkan ia berpuasa, maka hendaklah dia mengatakan sesungguhnya aku sedang berpuasa.”
Imam al-Nawawi dalam Mazhab Syafie menyatakan, asalnya dia boleh menyatakan kepada orang menjemputnya bahawa dia sedang berpuasa, namun jika pihak menjemputnya amat berharap kehadirannya, maka dia wajib hadir sekadar memenuhi undangan tanpa berbuka puasa. Seeloknya, rumah terbuka dirancang diadakan pada hujung minggu.
Pada hari-hari biasa boleh difokuskan kepada puasa sunat Syawal kerana sebahagian ulama menyatakan, diharuskan puasa Syawal berselang-seli tanpa berturut-turut termasuk pandangan Imam al-Nawawi yang menyatakan dari sudut keutamaan sahaja berturut-turut.
***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis.

Sumber : Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas