Connect with us

Oh! Media

Nak Mulakan Perjalanan Jauh? Periksa 4 Benda Ini Pada Kereta Dulu

3a9a0951 c272 4a4f 80c8 13c37dad170a

Oh! Gear

Nak Mulakan Perjalanan Jauh? Periksa 4 Benda Ini Pada Kereta Dulu

Mesti ada yang berniat untuk pulang ke kampung, pergi bercuti dan sebagainya selepas Perdana Menteri, Ismail Sabri baru-baru ini mengumumkan kebenaran rentas negeri bagi individu lengkap vaksin.

Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, terdapat beberapa perkara yang korang perlu periksa bagi mengurangkan risiko tersadai tepi jalan dan sebagainya. Nak tahu apa dia? Meh sini kami nak share..

Keadaan tayar

839c261f 5734 4176 a852 90e0150a552b

Tayar merupakan komponen yang penting selain daripada penyelenggaraan enjin. Kalau tayar dah botak, sangatlah tidak selamat untuk korang bawa kereta tersebut ke sesuatu destinasi yang jauh.

IKLAN

Bukan nak mendoakan, tapi kalau tayar tu tiba-tiba pecah bila korang tengah ‘high-speed’ nanti mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

Periksa brek

5cf491ac facf 4126 b1fa ed68e46073f2

Jangan lupa untuk periksa pad brek sama ada ianya masih masih selamat untuk dipandu ataupun perlu ditukar. 

Bukan tu jer, minyak brek juga harus diperiksa. Sekiranya tidak mencukupi, pergi tambah dulu.  Brek merupakan komponen salah satu benda yang penting untuk memberhentikan kenderaan dan mengurangkan risiko daripada terjadinga kemalangan juga tau.

Periksa minyak hitam

918de57b 1eee 4fed b0c7 b21c56a6a87d

Walaupun korang baru je hantar kereta pergi servis, janganlah lupa untuk cek sekali lagi minyak hitam sebelum memulakan perjalanan dan pastikannya berada pada paras yang sepatutnya.

Alatan kecemasan

75882d16 a1f3 42c0 b5ad b8002c9081bf

Lebih baik kita siapkan alatan kecemasan seperti alat tukar tayar dan pam angin yang mudah untuk dibawa ke mana-mana. Rasanya semua tidak mahukan sesuatu benda buruk terjadi, tapi sekurang-kurangnya kita dah bersedia menghadapinya.

Apapun, sentiasalah berhati-hati ketika memandu dijalanraya, tambah lagi bagi yang menuju ke destinasi yang jauh. Semoga tips ini memberi manfaat kepada korang semua.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas