Connect with us

Oh! Media

Kejam! Lelaki Tergamak Penggal Kepala Ibu Sendiri Guna Parang

polis

Trending

Kejam! Lelaki Tergamak Penggal Kepala Ibu Sendiri Guna Parang

Semalam berlakunya satu kejadian dimana seorang lelaki yang berusia 28 tahun telah memenggal kepala ibu kandungnya sendiri di kediaman mereka. Allahu, dah kenapa sampai jadi macam tu sekali?

ADVERTISEMENT

BACA : Majlis Anjuran Parti Politik Kantoi Tak Ikut SOP, Polis Buka Kertas Siasatan

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di rumah mereka yang terletak di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa.

Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemukan di ruang tamu dan terdapat kesan darah dalam rumah berkenaan.

Kejadian disedari apabila salah seorang adik-beradik suspek cuba menghubungi ibunya tetapi tidak berjawab.

Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah ibunyn dan mendapati terdapat kesan darah. Suspek juga terus melarikan diri di belukar belakang rumah.

Polis dengan bantuan penduduk kampung berjaya menangkap suspek yang bersembunyi dalam belukar berhampiran dengan rumah mangsa.

Polis turut merampas parang yang disyaki merupakan alat yang digunakan untuk memenggal kepala ibunya. Suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine selepas ujian air kencing dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Semoga perkara sebegini dijauhkan daripada kita semua ya. Sayangilah ahli keluarga masing-masing.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas