Connect with us

Oh! Media

Masih Baikkah Berkahwin Muda Zaman Sekarang?

Oh! Lifestyle

Masih Baikkah Berkahwin Muda Zaman Sekarang?

Hushim Salleh yang merupakan pakar kaunseling terkenal ketika menyatakan bahawa situasi perkahwinan awal atau lewat bergantung pada keadaan semasa.

ADVERTISEMENT

Ketika zamannya dahulu, umur perkahwinannya adalah pada usia muda iaitu 24 tahun dan isterinya ketika itu 23 tahun iaitu ketika baru habis belajar, mereka mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, Hushim berkata, kebaikan kahwin muda sekitar umur antara 24 ke 25 tahun itu adalah sunnah dan ia disarankan oleh Islam.

“Tambahan, apabila kahwin muda, tenaga masih banyak dan peluang mendapat anak ramai juga tinggi berbanding kahwin lewat.

“Jika usia muda, suami isteri masih ada tenaga menguruskan anak, membawa anak bermain di taman permainan, melihat pelajaran mereka dan menghabiskan masa dengan perkara berfaedah.

“Namun, jika kahwin lewat misalnya umur 40 tahun, peluang untuk hamil semakin rendah. Dan jika ada anak pun, tidak boleh berikan tenaga sebaiknya untuk luang masa bersama mereka kerana mudah letih,” jelasnya.

Namun menurutnya, mutakhir ini, pada usia sepertinya itu iaitu antara 22, 23 dan 24 tahun, biasanya masih ada perkahwinan umur sebegini namun peratusannya rendah.

“Ada pula pertanyaan apabila nak kahwin muda ketika ini, mempersoalkan benar kah mahu berkahwin kerana difikirkan terlalu muda dan mampukah untuk menampung isteri dan anak nanti?

“Jadi ia menjadi satu perkara pelik pula, apabila ada anak muda mahu berkahwin,” katanya.

Kesannya apabila ramai tidak memilih kahwin muda ini, semakin ramai pasangan berkahwin ketika umur mereka sudah lewat iaitu antara 35 hingga 40 tahun.

“Alasannya pula, bagi wanita, ramai antara mereka mahu belajar terlebih dahulu ke peringkat tertinggi dan membina kerjaya, baru memikirkan soal perkahwinan.

“Lelaki pula yang banyak saya temui di pusat kaunseling saya, mereka ada keinginan berkahwin namun terbatas dengan faktor kewangan.

“Hantaran dan majlis kahwin yang memakan kos tinggi kini, menjadikan lelaki berfikir dan menunda niat untuk berkahwin sehingga mereka benar-benar bersedia yang akhirnya usia mereka semakin lanjut ketika berkahwin,” jelasnya.

Mengenai status pula seperti andartu dan bujang terlajak, Hushim berkata, ia bukan lagi satu isu ketika ini kerana rata-rata masyarakat sudah tidak hairan dengan status sedemikian.

“Ia menjadi kebiasaan terutama rakan pejabat atau anak-anak yang sudah lanjut usia ini, masih belum berkahwin, bukan seperti dahulu yang sebolehnya tidak mahu diberikan status sedemikian,” katanya.

Pasangan muda hadapi konflik
Pun begitu, bukanlah kahwin muda ini tiada kebaikannya. Banyak kebaikannya daripada keburukan.

Hushim berkata, kebaikannya adalah berkahwin umur antara 24 ke 25 tahun itu adalah sunnah dan ia disarankan oleh Islam.

“Tambahan, apabila kahwin muda, tenaga masih banyak dan peluang mendapat anak ramai juga tinggi berbanding kahwin lewat.

“Jika usia muda, suami isteri masih ada tenaga menguruskan anak, membawa anak bermain di taman permainan, melihat pelajaran mereka dan menghabiskan masa dengan perkara berfaedah.

“Namun, jika kahwin lewat misalnya umur 40 tahun, peluang untuk hamil semakin rendah. Dan jika ada anak pun, tidak boleh berikan tenaga sebaiknya untuk luang masa bersama mereka kerana mudah letih,” jelasnya.

Antara kelemahan kahwin usia muda pula kongsi Hushim, pertama adalah berlaku kes pergaduhan atau konflik dalam rumah tangga yang baru dibina.

Banyak kes yang diuruskan, ditemui pasangan muda baru berkahwin usia dua hingga tujuh tahun menghadapi pelbagai masalah rumah tangga sehingga ada yang bercerai.

Punca utama katanya adalah dari segi ekonomi keluarga yang masih belum stabil dan tiada persefahaman antara keduanya.

Justeru bagi Hushim, perkahwinan itu sebaiknya dilangsung ketika usia muda antara 24 hingga 26 tahun.

Namun jika masih tiada jodoh, usahalah untuk mencarinya dengan cara yang betul. Paling utama, persefahaman perlu ada apabila melayari bahtera rumah tangga, kemudian kewangan juga perlu dititikberatkan ketika ini.

Sumber: Sinar harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas