Connect with us

Oh! Media

“Sesuai Sangat Ada Mimifly”- IWK Kumpul RM8,330 Melalui Program Rise & Revive Untuk Sokong Komuniti OKU dan Orang Pekak

Ohmedia penyerahan Sumbangan

Oh! Lifestyle

“Sesuai Sangat Ada Mimifly”- IWK Kumpul RM8,330 Melalui Program Rise & Revive Untuk Sokong Komuniti OKU dan Orang Pekak

Bayangkan korang bangun awal pagi Ahad, tetiba nampak Mimifly tengah kendalikan Flyjam dekat EcoPark, siap pakej dengan gerakan isyarat tangan dalam koreografi dia.

Ini yang Ohmedia nak kongsikan apa yang berlaku Ahad lepas, program Rise & Revive anjuran Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd bersama Prahara Studio ni memang nampak macam event wellness biasa dari luar. Ada yoga, ada Flyjam, ada Poundfit.

Tapi bila korang tahu siapa yang duduk bersama-sama dalam padang hijau tu pagi tu, peserta dari Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur (PKAKL) dan Malaysia Federation of the Deaf (MFD) baru faham kenapa event ni lain dari yang lain.

IKLAN

Mimifly Sengaja Masukkan Bahasa Isyarat Dalam Persembahannya

Flyjam by Mimifly

Mimifly, yang mengendalikan sesi Flyjam, bukan setakat datang perform dan balik. Dia turut membuatkan sesinya menjadi lebih inklusif dengan masukkan pergerakan berasaskan isyarat tangan yang diinspirasikan daripada bahasa isyarat dalam koreografinya supaya semua orang dalam crowd tu rasa terlibat, bukan sekadar jadi penonton.

“Dengan kesedaran terhadap satu sama lain, kita melangkah maju ke hadapan bersama,” kata Mimifly.

Atilia Haron Buka Pagi, Bawa Lebih Dari Sekadar Pose

Yoga by Atilia Haron

Kalau Mimifly bawa tenaga, Atilia Haron bawa ketenangan. Penyanyi dan penggiat kesejahteraan ni buka program dengan sesi yoga dan katanya, event ni buat dia sedar yang gaya hidup sihat bukan cuma pasal diri sendiri.

“Ia mengingatkan saya bahawa gaya hidup sihat bukan hanya bersifat peribadi, tetapi juga mampu memberi impak positif kepada komuniti,” kata Atilia.

Sesi diteruskan dengan Poundfit bersama Hanis. Ketiga-tiga nama ni berkongsi visi yang sama dengan IWK untuk memastikan ruang wellness jadi tempat milik bersama.

RM8,330 Terkumpul — 100% Pergi Kepada Yang Memerlukan

Rise Revive

Hasil jualan tiket program ni berjaya kumpul RM8,330, dan jumlah tu akan disalurkan terus kepada PKAKL dan MFD. Bukan untuk kos operasi. Terus kepada komuniti.

Ini sebahagian daripada inisiatif Sahabat Istimewa IWK di bawah program CSR IWK Cares, yang fokus kepada pemerkasaan golongan OKU dan nilai keterangkuman dalam komuniti.

IWK Ada Eco Park Rupanya

Ramai yang tak tahu IWK ada eco park sendiri. IWK Eco Park @ Pantai Dalam jadi latar yang paling sesuai untuk event macam ni dengan kehijauan, lapang dan tenang. Selain sesi senaman, ada juga ruang vendor tempatan dengan produk artisan yang memeriahkan lagi suasana sepanjang program berlangsung.

“Program ini bukan hanya tertumpu kepada gaya hidup sihat, tetapi ruang yang menyatukan komuniti menerusi suasana yang bermakna dan inklusif,” kata Wan Esuriyanti Wan Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat IWK.

Rise & Revive buktikan yang event wellness tak semestinya eksklusif. Kadang-kadang, semua yang kita perlukan adalah pagi Ahad yang baik — dengan orang yang betul, di tempat yang betul.

Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang IWK atau ikuti mereka di Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas