Oh! Artis
‘Influencer’ Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Tipu Pesara RM80,000
Pempengaruh mengaku tidak bersalah atas dakwaan tipu pesara RM80,000 berkait pelaburan perniagaan kosmetik.
Seorang pempengaruh media sosial berdepan detik tegang di Mahkamah Majistret hari ini selepas didakwa menipu seorang pesara wanita membabitkan kerugian RM80,000.
Tertuduh, Mikhail Isaaq didakwa memperdayakan Tan Mei Lan, 58, untuk menyerahkan wang tunai RM80,000 sebagai modal perniagaan penjualan kosmetik. Kejadian itu didakwa berlaku di Bank Muamalat, Presint 15, kira-kira jam 3.30 petang pada 21 Mei tahun lalu.
Dalam pertuduhan sama, tertuduh juga didakwa menjanjikan mangsa jawatan sebagai rakan kongsi syarikat Two M Legacy. Selain itu, mangsa turut didakwa dijanjikan gaji RM10,000 sebulan serta 10 peratus keuntungan setiap bulan.
Influencer mengaku tidak bersalah

Mikhail Isaaq membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut di mahkamah. Kes ini didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 9 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri. Tertuduh pula diwakili peguam Izleen Ismail daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Pssttt! Dalam isu melibatkan pelaburan macam ni, korang memang kena lebih berhati-hati walaupun tawaran nampak menarik. Jangan mudah percaya janji pulangan besar atau jawatan lumayan sebelum semak latar belakang perniagaan dengan teliti.
Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
